Sumber Gambar: Stadium Astro

Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mahu mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi menyelesaikan isu perpindahan Akhyar Rashid yang menyertai Johor Darul Ta’zim.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, isu berkenaan mendapat liputan meluas sehingga menimbulkan kekeliruan diantara penyokong dan hanya melakukan perbincangan antara pihak terbabit mampu menyelesaikan masalah itu.

“Perlu ada perbincangan untuk menentukan apa yang betul dan apa tidak kerana sesetengah tindakan tampak seperti lebih kepada mensasikan kenyataan atau reaksi kepada sesuatu berbanding mencari penyelesaian.

“Saya harap akan ada perbincangan antara MFL, FAM dan KFA bagi membolehkan kami meneliti secara jelas serta memahami bagaimanana keputusan dibuat daripada membuat kenyataan secara terbuka.

“Kami (MFL) sudah menelitinya dan ia isu yang jelas tetapi dengan sesetengah pihak cuba mensensasikan perkara ini, ia mengelirukan umum dan situasi sebenar tidak dinyatakan.

“Tiada keputusan boleh diambil tanpa mengikut peraturan dan faktanya sudah ada. Untuk bercakap tanpa fakta akan membunuh diri dan tiada keputusan dapat dibuat sebegitu (tanpa fakta). Jadi kami perlu duduk berbincang dan memastikan mereka (KFA) faham,” kata Kevin menurut laporan Berita Harian.

Sebelum ini, presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata pihaknya hanya akan berpuas hati selepas mendengar keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkaitan dakwaan JDT yang menggunakan ‘pintu belakang’ bagi mendapatkan khidmat Akhyar Rashid.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan KFA dan berpegang kepada keputusan badan induk bola sepak negara itu yang menetapkan pampasan RM75,000 perlu dibayar kepada KFA jika mana-mana pasukan mahu membeli Akhyar selain menebus baki kontrak pemain itu sebanyak RM210,000.

Baca Juga: KFA Lancarkan Tabung Khas Untuk Biayai CAS

Leave a Reply