Sumber Gambar: Melaka Kini

Penubuhan Penubuhan badan bebas pengadil iaitu Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM) dilihat mampu untuk mengurangkan kesilapan pengadil sekaligus meningkatkan mutu dan kualiti pengadilan bola sepak Malaysia.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata menerusi penubuhan PMOM, badan itu juga mampu untuk melahirkan pengadil yang tempatan bertaraf profesional.

Selain melahirkan pengadil profesional, penubuhan PMOM diharap dapat mengurangi kesilapan pengadil seperti yang terjadi sebelum ini.

“Kami perlu akui mutu pengadilan Liga-M selalu menjadi pertikaian, itu sebabnya kami berusaha sebaik mungkin mencari jalan penyelesaian masalah ini.

“Kami nak tingkatkan mutu pengadilan supaya boleh diterima peminat. Kami nak kurangkan kelemahan yang ada dengan melihat apa faktor penyebab mutu pengadilan tidak mencapai tahap yang boleh diterima penyokong.

“Jadi usaha ini dibuat FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) untuk memastikan mutu pengadilan berada pada tahap maksimum. Mungkin bukan tahap sempurna kerana di mana-mana liga pun mutu pengadilan tidak sempurna.

“Apa yang diusahakan FAM dan MFL ini sebagai satu langkah proaktif supaya kami mampu menghasilkan pengadil berkaliber,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Ketika ini, Yusoff bersama Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid mengadakan pertemuan bersama Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) di England, Ahad lalu.

Pertemuan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas serta kepakaran daripada badan induk pengadil profesional Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam meningkatkan kualiti pengadilan Liga Malaysia.

Isu pengadil kembali menjadi sorotan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara pasukan Perak dan Terengganu FC dimana pengadil perlawanan ketika itu, Suresh Jayaraman dilabel telah mencemarkan perlawanan akhir itu.

Suresh membuat beberapa keputusan yang disifatkan tidak tepat dan ada diantaranya menimbulkan kontroversi. Lantaran daripada insiden itu, ramai pihak menggesa FAM dan MFL untuk merencana sesuatu bagi memperkasakan sistem pengadilan Liga Malaysia.

Baca Juga: FAM, MFL Tubuhkan Badan Bebas Pengadil

Leave a Reply