Liga Malaysia akan membuka tirainya pada 1 Fabruari ini dan semua pasukan yang mengambil bahagian sedang rancak membuat persiapan. Di sini, kami bawakan kepada anda 7 pemain muda yang perlu kita berikan perhatian dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
1. Safawi Rasid
Sumber Gambar: JST
Penyerang Johor Darul Ta’zim ini bakal menjadi pemain muda tumpuan musim ini. Setelah beraksi cemerlang bersama skuad bawah 23 tahun dan pasukan senior, peminat tertanya-tanya sama ada Pawi mampu untuk mengekalkan momentum atau tidak.
2. Syahmi Safari
Sumber Gambar: FA Selangor
Pemain pertahanan bernilai RM6 Juta ini beraksi dengan cemerlang bersama pasukan kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu. Aksi Syahmi bersama Selangor sudah pasti bakal menjadi perhatian peminat.
3. Akhyar Rashid
Sumber Gambar: JST
Akhyar mengambil keputusan untuk berhijrah dengan menyertai Johor Darul Ta’zim musim ini. Sinonim dengan kelincahan serta kepantasan yang dimiliki, menarik untuk disaksikan sama ada Akhyar mampu untuk mengekalkan momentum tersebut.
4. Nik Akif Syahiran
Sumber Gambar: Nik Akif Syahiran
Pasukan Kelantan akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini. Menarik untuk disaksikan bagaimana pemain muda mereka, Nik Akif Syahiran membantu The Red Warriors untuk menampilkan prestasi terbaik.
5. Syamer Kutty Abba
Sumber Gambar: FAM
Pendedahan di Portugal nyata membantu Syamer Kutty Abba meningkatkan kualiti permainan beliau. Setelah menampilkan persembahan bertenaga bersama pasukan kebangsaan dalam saingan Piala AFF, peminat ternanti-nanti sama ada beliau mampu untuk mengekalkan momentum sama bersama JDT.
6. Mohamad Fayadh
Sumber Gambar: Kedah FA
Setelah cemerlang bersama skuad Piala Presiden dan skuad SUKMA 2018, Fayadh diberi peluang untuk tampil bersama pasukan senior oleh pengurusan pasukan bagi musim 2019. Mampu beraksi di posisi sayap dan tengah, pemain ini dicanang sebagai pengganti kepada Akhyar Rashid.
7. Rodney Celvin Akwensivie
Sumber Gambar: PKNS FC
Pemain pertahanan kental ini kekal beraksi bersama PKNS FC. Musim lalu, Rodney tampil cemerlang dan beliau dipanggil untuk menyertai skuad Piala Asia 2018.
Itulah dia 7 pemain muda yang perlu kita beri perhatian dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Ketujuh pemain ini merupakan harapan pasukan kebangsaan pada masa akan datang.
Baca Juga: Safawi Dan Akhyar Perlu Buktikan Kemampuan