• Penyerang pasukan Buriram United, Diogo Luis Santos dikatakan baka meninggalkan juara Thai League 1 musim 2018 itu bagi mencari cabaran baharu musim hadapan dan Liga Malaysia dipercayai menjadi destinasi beliau yang seterusnya.

    Salah satu pasukan yang dikaitkan dengan Diogo ialah juara Liga Super musim 2018, Johor Darul Ta’zim. JDT dikaitkan dengan perpindahan Diogo kerana mereka bakal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun ini dan pemain dari Brazil itu mempunyai pengalaman luas beraksi dalam kejohanan paling agung bagi peringkat kelab di rantau Asia ini.

    Dalam saingan Thai League 1 musim 2018, Diogo muncul sebagai penjaring terbanyak apabila beliau menjaringkan sebanyak 34 selepas tamat 34 perlawanan. Ini bermakna, penyerang berusia 31 tahun ini mempunyai ratio 1 gol dalam satu perlawanan.


    Sumber Gambar: Vocket FC

    Dalam kedudukan di atas, Diogo jauh meninggalkan Heberty Fernandes dari Muangthong United dan Jonatan Ferreira Reis dari PT Prachuap FC yang masing-masing menjaringkan 26 gol. Perkara ini membuktikan betapa berbisanya Diogo.

    Selain berbisa dan tajam di hadapan pintu gol, Diogo juga mampu menjadi penyumbang apabila mencatatkan 9 assist dimana beliau berkongsi kedudukan tempat ke-3 dengan Victor Junior dari Navy FC.

    Kecemerlangan Diogo dalam saingan Thai League 1 membuahkan hasil apabila beliau menerima 2 anugerah dalam FA Thailand Awards yang diadakan baru-baru ini. Dua anugerah tersebut ialah Pemain Import Terbaik 2018 dan Penjaring Terbanyak Toyota Thai League 2018.

    Pihak Johor Darul Ta’zim sendiri masih belum memberi sebarang maklum balas mengenai khabar angin yang mengaitkan mereka dengan perpindahan Diogo Luis Santos. Namun tidak dinafikan pemain ini merupakan penyerang terbaik dalam saingan bola sepak di rantau Asia Tenggara ketika ini dan beliau mampu untuk memperkasakan jentera serangan juara Liga Super lima kali berturut-turut itu.

    Selain kemampuan serta kualiti beliau yang sememangnya berada di kelas yang tersendiri, pengalaman yang dimiliki oleh Diogo dilihat mampu untuk membantu JDT bagi memberikan cabaran dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2019.

    Baca Juga: Liga Thailand Mantapkan Permainan Shahrel Fikri

    Leave a comment

    Your email address will not be published.