• PKNS FC semakin rancak dalam mempersiapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim ini apabila membawa masuk dua pemain import yang sebelum ini pernah beraksi dalam Liga M iaitu Gabriel Guerra dan Chan Vathanaka.

    Guerra sebelum ini pernah beraksi bersama PKNS FC selama dua musim manakala Chan pula pernah beraksi bersama pasukan Pahang selama enam bulan.

    Menurut Guerra, beliau gembira untuk kembali beraksi bersama skuad The Red Ants dan bersedia untuk menjulang pasukan bimbingan Datuk K.Rajagopal itu.

    “Saya memilih PKNS FC kerana ini adalah pasukan pertama saya di Malaysia dan saya juga amat mengenali pasukan ini.

    “Memang kita tidak dapat membandingkan antara PKNS FC dengan pasukan terdahulu tetapi apa yang lebih penting, saya kini berada bersama PKNS FC.

    “Saya akan memberikan yang terbaik dalam setiap pertandingan yang diharungi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Guerra beraksi bersama PKNS pada musim 2015 dan 2016 sebelum mengambil keputusan untuk menyertai Johor Darul Ta’zim pada 2017.

    Bagi seorang lagi pemain import iaitu Vathanaka, pengalaman beraksi bersama Pahang musim lalu sedikit-sebanyak membantu beliau dalam membuat persediaan sebelum Liga Super membuka tirainya.

    “Saya pernah beraksi dalam Liga Super sebelum ini dan saya tahu bahawa kita perlu sentiasa bekerja keras dan memberikan yang terbaik setiap kali diturunkan.

    “Saya akan cuba membantu pasukan ini untuk muncul sekurang kurangnya sebagai empat pasukan terbaik,” kata Chan.

    Vathanaka hanya beraksi sehingga jendela perpindahan kedua musim lalu dimana beliau kemudiannya digantikan oleh Issey Nakajima Farran.

    Kehadiran Gabriel dan Chan bermakna PKNS FC kini mempunyai empat pemain import. Dua lagi ialah Romel Morales Ramirez dan menandatangani bekas penyerang MIFA, Kpah Sherman.

    Baca Juga: MFL Sediakan Statistik Untuk Saingan Liga Malaysia Musim 2019

    Leave a comment

    Your email address will not be published.