• Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu pasukan kebangsaan menggunakan terlalu ramai pemain naturalisasi seperti yang dilakukan oleh Singapura dan Hong Kong.

    Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata pihaknya mahu memastikan kedatangan pemain asing tidak menjejaskan peluang pemain tempatan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.

    Menurut Stuart, FAM akan membuat pantauan rapi dalam pemilihan pemain asing yang sebelum ini telah dikenal pasti.

    “Kami tak mahu menjadi seperti Hong atau Singapura. Kami perlu pastikan naturalisasi tidak membantutkan perkembangan skuad kebangsaan.

    “Banyak aspek perlu diambil kira termasuk apa akan berlaku seterusnya selepas keputusan dibuat,” kata Stuart yang mengakui FAM mempunyai senarai panjang calon pemain naturalisasi,” kata Stuart menurut laporan Berita Harian.

    Sebelum ini, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menyatakan ada dua pemain iaitu bekas pemain tengah Kedah, Liridon Krasniqi dan penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula antara senarai pemain yang bakal menjadi pemain naturalisasi terbaru.

    Tambah Stuart, banyak perkara perlu dilakukan sebelum pemain kelahiran Albania, Krasniqi dan pemain dari Brazil, De Paula boleh menjadi pemain naturalisasi.

    Menurutnya, FAM akan menilai tahap kemampuan dan sumbangan mereka kepada pasukan negara. Liridon dan Guilherme sudah beraksi dalam saingan Liga Malaysia lebih daripada tiga musim dan mereka sedikit-sebanyak sudah mengenali corak permainan yang ditampilkan oleh skuad Harimau Malaya.

    Seorang lagi pemain, Lee Andrew Tuck dikhabarkan semakin hampir untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan kerana neneknya berasal dari Malaysia. Pemain tengah Terengganu FC ini sudah menyatakan kesediaan beliau sekiranya dipanggil bagi mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

    Baca Juga: Tan Cheng Hoe Calon Tepat Kemudi Harimau Malaya

    Leave a comment

    Your email address will not be published.