• Pasukan Kedah menunjukkan satu prestasi yang baik dalam siri perlawanan pra musim dimana mereka mencatatkan enam kemenangan, satu seri dan satu kalah. Watak utama dalam prestasi baik ini ialah penyerang import mereka iaitu Jonathan Bauman.

    Penyerang berasal dari Argentina ini menjadi pilihan ketua jurulatih, Aidil Shahrin untuk diletkkan di bahagian serangan dalam kesebelasan utama pasukan. Bauman telah menjaringkan lima gol sepanjang lapan perlawanan pra musim pasukan Kedah setakat ini.

    Bauman sendiri berazam membantu pasukan Kedah untuk kembali menjadi pasukan yang mencabar kejuaraan sekaligus mememangi piala yang ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia.

    “Saya hadir ke Kedah dengan beberapa impian dan saya mahu membuktikan kejayaan saya di sini.

    “Dengan kerja keras, saya berharap dapat membantu dan mencipta kejayaan untuk pasukan Kedah di mana ini satu pengalaman baharu untuk saya di sini. Semua pemain menerima dan memberi kerjasama yang baik kepada saya dan ia memudahkan saya untuk menyesuaikan diri.

    “Saya belum mencapai tahap kecergasan 100 tetapi sedang bekerja keras mencapainya. Saya juga akan cuba menjaringkan seberapa banyak gol untuk Kedah musim ini.

    “Di Liga Indonesia musim lalu, saya menjaringkan 12 gol dan lapan bantuan jaringan. Saya harap dapat memberi sumbangan lebih baik untuk Kedah dalam usaha memburu kejuaraan musim ini,” kata Bauman menurut laporan Berta Harian.

    Sumber Video: FGD Football News

    Melihat kepada prestasi Jonathan Bauman, tidak mustahil beliau mampu untuk menjadi antara penyerang yang akan mencabar kasut emas saingan Liga Super. Ini dibantu dengan gandingan mantap beliau bersama seorang lagi pemain import, Fernando Rodriguez di bahagian serangan.

    Bauman dan Fernando beraksi di saingan Liga 1 Indonesia musim lalu. Meskipun beraksi untuk pasukan berbeza, namun pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua pemain dapat dijelmakan kepada satu persefahaman yang mantap sekaligus menyelesaikan masalah di bahagian serangan yang dihadapi oleh Kedah musim lalu.

    Selain diisi oleh Fernando dan Bauman, barisan serangan Kedah berkemungkinan besar bakal diisi oleh ketua pasukan skuad kebangsaan, Zaquan Adha. Zaquan mendapat pujian daripada Aidil Shahrin dan menyigarkan beliau adalah pemimpin yang diperlukan oleh pasukan.

    Baca Juga: Barisan Serangan Kedah Perlu Diberi Perhatian

    Leave a comment

    Your email address will not be published.