• Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menasihati persatuan bola sepak swasta atau kelan di negeri itu untuk melihat kemampuan pasukan terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana pertandingan bola sepak dalam saingan Liga Malaysia.

    Menurut Dr Samsuri, masalah tunggakan gaji yang dialami oleh dua kelab dari negeri itu, Terengganu City FC dan Hanelang FC harus dijadikan sebagai pengajaran buat semua pasukan agar perkara ini tidak terjadi di masa hadapan.

    “Tugas untuk meninggikan taraf sukan bola sepak adalah tanggungjawab semua pihak bukannya pihak kerajaan sahaja.

    “Kerajaan negeri menyambut baik hasrat mana-mana pihak yang ingin menubuhkan pasukan dengan syarat mereka mempunyai keupayaan.

    “Bagaimanapun syarat keupayaan itu perlu dipertimbangkan secara serius oleh mana-mana pihak sebelum mengambil inisiatif berkenaan untuk menyertai liga.

    “Jika mereka fikirkan ada halangan atau kurang mampu atau ada kekangan-kekangan tertentu yang mungkin tidak boleh dilaksanakan, saya fikir wajar mereka (kelab bola sepak) berehat seketika dan cuba mencari jalan lain,” kata Dr Ahmad Samsuri menurut laporan Berita Harian.

    Minggu lalu, para pemain Hanelang FC tampil dan menuntut bayaran tunggakan gaji daripada pengurusan pasukan. Pemain Hanelang tidak dibayar gaji selama lapan bulan lebih tepatnya dari bulan Mac hingga bulan November 2018. Ini bermaknya, para pemain hanya menerima gaji sebanyak dua bulan sahaja ketika beraksi dalam saingan Piala FAM 2018.

    Sebelum isu tunggakan gaji pemain Hanelang didedahkan, sebelumnya isu tunggakan gaji pemain Terengganu City FC terlebih dahulu menjadi sorotan. Meskipun sudah diberikan tempoh masa oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi melunaskan tunggakan gaji, namun TCFC gagal untuk berbuat demikian.

    Kerana isu tunggakan gaji ini, FAM tidak membenarkan Terengganu City untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini meskipun mereka muncu sebagai juara Piala FAM musim lalu. Meskipun pengurusan baru memberikan jaminan untuk melunaskan tunggakan jika mereka dibenarkan beraksi di Liga Perdana, namun FAM tidak ‘membeli’ jaminan itu.

    Tempat Terengganu City FC diambil alih oleh Terengganu FC II.

    Baca Juga: Pemain Hanelang FC Tuntut Tunggakan Gaji

    Leave a comment

    Your email address will not be published.