• Pemain pertahanan kacukan Vietnam-Republik Czech, Michal Nguyen menjadi pemain import keempat yang dibawa masuk oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menjelang saingan Liga Malaysia musim 2019.

    Musim lalu, pemain berusia 29 tahun ini beraksi untuk pasukan Air Force Sentral dalam saingan Thai League 1. Air Force gagal untuk menampilkan aksi terbaik mereka dan menamatkan saingan di tangga tercorot sekaligus tersingkir ke saingan Thai League 2.

    Nguyen memulakan karier bola sepak profesional beliau bersama FK Banik Most, sebuah kelab yang berpangkalan di kota Most. Setelah beraksi bersama Banik selama 5 musim, Nguyen kembali ke negara kelahiran bapanya iaitu Vietnam dengan menyertai Becamex Binh Duong.

    Bersama Becamex, pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Vietnam sebanyak dua kali ini bermain selama tiga musim sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke saingan Thai League dengan menyertai Air Force Sentral musim lalu.

    Namun, perjalanan beliau bersama Air Force tidak seperti yang diharapkan apabila pasukan itu menghabiskan kebanyakkan masa dengan berada di tangga tercorot dan mereka akhirnya tersingkir ke saingan Thai League 2 apabila hanya mampu mengumpul 16 mata daripada 34 perlawanan.

    Bagi saingan musim 2019, Michal Nguyen akan menggantikan dua pemain import yang sebelum ini mengisi barisan pertahanan iaitu pemain dari Brazil, Willian Pacheco dan pemain dari Sepanyol, Alfonso De La Cruz. Selangor juga dilihat bakal menggunakan empat pemain import berbanding lima seperti yang digunakan sebelum ini.

    Selain membawa masuk Nguyen, FAS juga membawa masuk seorang lagi pemain import iaitu Antonio Timothy German yang berasal dari Grenada. Bekas pemain Queens Park Rangers dan Brentford ini akan memperkasakan bahagian serangan dimana beliau akan membantu dua lagi pemain import iaitu Rufino Segovia dan Endrick Dos Santos.

    Pasukan Selangor diberi nafas baru dari segala aspek dan sudah pasti musim 2019 merupakan musim dimana mereka perlu menampilkan kebangkitan setelah lama menyepi daripada memenangi kejuaraan.

    Baca Juga: FAS Sokong Penetapan Gaji Siling

    Leave a comment

    Your email address will not be published.