• Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempelawa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekiranya mereka masih berkeras mahu membawa isu perpindahan Akhyar Rashid ke pengetahuan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) ataupun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

    TMJ berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers semalam. TMJ turut menyatakan KFA tidak sepatutnya menyalahkan orang lain di atas kelemahan sendiri.

    “Terdapat klausa dalam peraturan bola sepak yang menyatakan bahawa seorang pemain boleh meninggalkan pasukan pada akhir musim sekiranya beliau inginkan, dengan mengikut prosedur tertentu.

    “Apabila terdapat laporan bahawa Akhyar Rashid sedang berusaha untuk menamatkan kontraknya dengan Kedah dan sedang menunggu keputusan FAM selepas Kedah tidak mengendahkan permintaannya untuk membincangkan perkara tersebut, kami menyatakan bahawa kami hanya akan mendekati Akhyar apabila beliau telah meninggalkan kelab tersebut dan merupakan ejen bebas. Jadi, apakah kesilapan JDT untuk menandatangani Akhyar selepas ada pengumuman oleh FAM bahawa beliau dibenarkan menjadi ejen bebas?

    “Jika hari ini Safawi Rasid datang kepada saya dan mengatakan beliau mahu menebus kontraknya dan meninggalkan kelab ini, saya akan terima dengan hati yang terbuka.

    “Saya tidak boleh kecewa dengannya atau pasukan yang hendak mendapatkan pemain tersebut. Kenapa? Kerana ini bermakna kelab tidak menjaga pemain tersebut dengan baik sehingga mendorong pemain tersebut untuk berhijrah. Saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan kelab ini kerana tidak dapat menjaga pemain dengan baik. Saya akan melihatnya sebagai satu kegagalan kami kerana mungkin kami ada melakukan kesilapan. Sekarang, Kedah menyalahkan orang lain.

    “Pertama, anda tidak faham peraturan. Kedua, anda menyalahkan orang lain untuk kelemahan anda sendiri. Jikalau Kedah merasakan bahawa mereka mahu membawa Akhyar atau Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) ataupun FIFA, teruskan,” kata TMJ.

    KFD dikhabarkan tetap mahu membawa perkara ini ke pengetahuan CAS meskipun mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Menurut Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris, pihaknya juga bersedia untuk melancarkan tabung khas bagi meringankan sedikit beban persatuan.

    Baca Juga: KFA Heret FAM Ke Mahkamah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.