• Jika pada tahun-tahun kebelakangan ini, kelab-kelab komuniti tumbuh dengan begitu banyak sekali di Lembah Klang dan negeri Terengganu kerana keberadaan liga-liga komuniti yang banyak di kawasan tersebut, penulis tertarik dengan kewujudan sebuah pasukan baru bernama Pasir Gudang Hornets FC.

    Penulis terjumpa kelab ini di laman media sosial Twitter, tanpa membuang masa terus mengambil peluang untuk berbual-bual dengan Hazwan, salah seorang pengasas Pasir Gudang Hornets FC yang berasal dari Johor.

    Saya sebelum ini menetap di Kuala Lumpur dan mengikuti perkembangan kelab-kelab Liga Sosial di Lembah Klang seperti Shah Alam Antlers, Subang United dan lain-lain. Saya akhirnya kembali ke Pasir Gudang pada penghujung tahun lalu dan saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk menubuhkan sebuah kelab bolasepak berasaskan komuniti,” kata Hazwan.


    Wajah-wajah pengasas Pasir Gudang Hornets FC.

    Pasir Gudang Hornets ini menggunakan warna yang seperti Johor FC, iaitu warna oren dan hitam yang bertujuan membawa nostalgia kepada penduduk Pasir Gudang yang saban tahun menyokong Johor FC sebelum revolusi Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada 2013 yang menyaksi Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail menjadi Presiden.

    “Pengasas kami hanyalah dua orang, dan kami mengalu-alukan lebih ramai lagi penduduk Pasir Gudang sendiri untuk menyertai pihak pengurusan untuk membawa kelab ke arah yang lebih stabil, sudah tentu,” tambah Hazwan.


    Mereka mengalu-alukan penaja untuk kelab mereka ini dalam menghadapi saingan musim debut dalam.

    Hazwan juga mengalu-alukan jika ada sebarang penajaan berpatutan untuk menaja kelab dalam musim pertama di samping mereka juga akan bekerja keras untuk mempromosi jenama penaja melalui prestasi mereka di atas padang.

    Pasir Gudang Hornets FC akan menyertai Southern Community League (sebelum ini Johor Bahru Community League) yang dijadualkan bermula Februari ini. Satu kejohanan yang berkonsepkan liga panjang di Johor Bahru yang melibatkan 20 pasukan amatur di sekitar Johor Bharu dan Pasir Gudang.

    “Johor FC merupakan inspirasi kami. Kita boleh melihat bagaimana mereka berkembang dari pasukan semi-pro hingga menjadi sebuah pasukan professional sehingga Revolusi 2013, namun inilah cabaran Pasir Gudang Hornets, untuk menjalankan kelab menjadi bukan sekadar sebuah kelab bolasepak, namun menjadi sebuah komuniti besar,” jawab Hazwan apabila ditanya soal inspirasi dan cabaran.

    Pasir Gudang Hornets FC akan diuruskan oleh jurulatih yang mempunyai Sijil Kejurulatihan FAM D dalam menghadapi musim debut mereka dalam liga selatan. Pasukan ini masih belum mempunyai pemain dan akan mengadakan pemilihan pemain pada 12 Januari, di sebuah venue yang masih belum ditetapkan, anda boleh ikuti akaun media sosial mereka untuk makluman lanjut.

    Twitter: @pghornetsfc
    Facebook: @pasirgudanghornetsfc

    Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Muhammad Sofwan. Beliau merupakan pengasan Liga Perdana Inggeris Malaysia dan juga Ketua Pegawai Eksekutif GSE Media.

    Baca Juga: Puchong Fuerza Juara Selangor Champions League 2018

    Leave a comment

    Your email address will not be published.