• Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) mengucapkan terima kasih kepada pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana mengesahkan pendaftaran pemain sayap mereka, Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan.

    Menurut Pengurus Pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang, dengan pengesahan Sumareh sebagai pemain tempatan, pihaknya kini boleh memberikan tumpuan untuk melengkapkan kuota lima pemain import bagi mengukuhkan pasukan.

    “Melalui pengesahan ini, ia berita gembira buat Pahang terutama kepada peminat skuad Tok Gajah yang mengharapkan Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan.

    “Kami mengucapkan terima kasih kepada MFL yang menerima rayuan dan keputusan ini membolehkan Pahang melengkapkan kouta lima pemain import termasuk empat pemain baharu.

    “Setakat ini, hanya Safuwan Baharudin dari Singapura yang beraksi bersama Pahang musim lalu kekal, manakala tiga pemain lain iaitu Patrick Cruz, Austin Amutu dan Issey Nakajima tidak lagi bersama Pahang musim ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Setakat ini, Pahang sudah mengesahkan dua pemain import yang akan beraksi bersama pasukan iaitu pemain Singapura, Safuwan Baharuddin dan pemain dari Indonesia, Saddil Ramdani. Pahang masih memantau seorang pemain pertahanan dari Perancis dan dua lagi pemain import akan menyertai pasukan yang ketika ini berada di Thailand bagi menghadapi perlawanan pra musim untuk menjalani ujian.

    Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam mengesahkan pihaknya menerima rayuan daripada PBNP untuk mendaftarkan Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan.

    Menurut Kevin, Lembaga Pengarah MFL mengambil kira aksi cemerlang pemain naturalisasi pertama negara itu yang membantu pasukan kebangsaan muncul sebagai naib juara saingan Piala AFF Suzuki 2018. Malaysia tunduk kepada pasukan Vietnam pada perlawanan akhir dengan keputusan 3-2 secara agregat.

    Pada Oktober lalu, MFL memberi kebenaran untuk juara Piala FA 2018 itu mendaftarkan Sumareh sebagai pemain tempatan bagi saingan Liga Malaysia musim 2019.

    Namun, Sumareh hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan bermula pada Mac 2019 dan kekal mengisi kuota pemain import pada jendela perpindahan pertama, sebelum menukar status pada jendela perpindahan kedua.

    Baca Juga: Mohamadou Sumareh Sah Berstatus Pemain Tempatan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.