• Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyokong sepenuhnya cadangan kuota perbelanjaan yang akan digunakan oleh pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

    Pihak pengurusan Selangor percaya menerusi mekanisma kuota perbelanjaan yang diambil dari La Liga itu akan mampu membendung masalah tunggakan gaji serta ketirisan dalam pengurusan kewangan sesebuah pasukan.

    “Ini yang terbaik sebenarnya (kuota perbelanjaan). Ia satu permulaan yang baik untuk tidak ada lagi tunggakan hutang atau ketirisan dari segi penajaan atau sebagainya.

    “Sebab impak buruk akhirnya akan dirasai oleh pemain. Pemain ini adalah pemain profesional dan ini adalah rezeki mereka dengan bermain bola.

    “Jadi apabila disebabkan oleh hutang-hutang dan ketirisan ini mereka yang akan merana. Bila ada kawalan yang ketat berkaitan kewangan setiap pasukan, ia secara langsung akan menambah baik dan tidak akan ada lagi masalah berkaitan hutang dan sebagainya,” kata pengurus pasukan Selangor, Datuk Abdul Rauf Ahmad menurut laporan Berita Harian.

    Semalam, MFL mengumumkan mereka akan menggunakan kaedah yang digunakan oleh La Liga bagi mengawal sistem kewangan ke atas semua 24 pasukan yang bersaing dalam Liga M bermula pada musim 2020.

    Langkah ini nyata mendapat sambutan ramai pihak apatah lagi selepas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang mengakui liga tempatan adalah antara kancah paling tertinggi kes tunggakan hutang dalam kalangan negara Asia.

    Turut menyuarakan sokongan ialah Setiausaha Agung pasukan FELDA United, Zulkarnain Muhamad.

    “Memang terbaik. Itu yang saya boleh katakan apabila mengetahui perkara ini daripada MFL, kerana ia boleh memastikan semua kepimpinan pasukan ada perancangan kewangan jangka panjang yang jelas dan tetap.

    “FELDA sendiri tiada masalah untuk mematuhi langkah yang ditetapkan kerana sesiapa sahaja Pengarah Besar FELDA, mereka akan dilantik selaku Presiden FELDA United secara automatik. Jadi dalam urusan aspek kewangan dan sebagainya, kami boleh mengawal perbelanjaan jika itu yang bakal ditetapkan MFL selepas ini.

    “Kami sendiri ada terkesan dengan isu tunggakan gaji pada penghujung musim lalu dan jika cara ini diguna pakai, saya yakin semua pasukan boleh bebas daripada masalah hutang yang terlalu tinggi,” katanya.

    Baca Juga: MFL Bantu Pasukan Guna Cara La Liga

    Leave a comment

    Your email address will not be published.