• Pemain muda Selangor, Syahmi Safari tidak merasa terbeban dengan tanda harga sebesar RM6 Juta yang diletakkan ke atas beliau dan mahu menjadikan perkara tersebut sebagai pembakar semangat untuk beraksi dengan lebih baik dalam saingan Liag Malaysia musim ini.

    Pemain berusia 20 tahun ini menandatangani kontrak selama lima tahun dimana beliau akan kekal bersama Selangor sehingga tahun 2023. Nilai yang diletakkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebagai klausa pelepasan ialah sebesar RM6 Juta.

    “Tiada tekanan dengan klausa pelepasan itu kerana bagi saya, ia dapat menjadi motivasi bukan sahaja kepada saya tetapi juga buat rakan seangkatan yang sama usia dengan saya.

    “Saya berpandangan ini sebagai satu inisiatif yang bagus daripada pihak pengurusan dan saya mengambil positif perkara ini bagi memajukan lagi diri saya.

    “Mungkin ketika ini rezeki saya bersama Selangor dan ini juga komitmen jangka panjang saya untuk pasukan ini. Apapun, saya akan memberikan yang terbaik demi Selangor,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Syahmi menampilkan persembahan cemerlang ketika beraksi bersama pasukan negara dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018. Gandingan mantap bekas ketua pasukan skuad bawah 19 tahun negara ini bersama Mohamadou Sumareh di bahagian kanan menjadi sebab utama Malaysia mampu mara ke pentas final.

    Pada masa yang sama, FAS dilihat sudah belajar daripada kesilapan lampau dimana mereka kini sudah mula meletakkan klausa pelepasan ke atas semua pemain skuad Red Giants musim ini.

    Menurut Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, purata tanda harga yang perlu dibayar mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat pemain The Red Giants antara RM3 juta hingga RM6 juta.

    Sebelum ini, Selangor kehilangan pemain berkualiti khususnya pemain muda mereka kerana terdapat kelopongan dalam kontrak pemain. Pemain seperti Azrif Nasrulhaq, Nazmi Faiz Mansor, Adam Nor Azlin dan Hazwan Bakri antara yang menyinar bersama pasukan Selangor namun pengurusan pasukan gagal untuk mengekalkan khidmat mereka.

    Baca Juga: FAM Sedia Calonkan Gol Syahmi Untuk Puskas

    Leave a comment

    Your email address will not be published.