Sumber Gambar: MUSA

Penurunan harga tiket memainkan peranan besar dalam kemenangan pasukan Melaka United ke atas Petaling Jaya City FC pada perlawanan pertama saingan Liga Super musim ini.

Itu pendapat Penolong pengurus pasukan Melaka, Yuhaizad Abdullah dimana dengan harga tiket yang sudah diturunkan, maka lebih ramai penonton boleh datang ke stadium bagi memberikan sokongan sekaligus menyemarakkan lagi semangat pemain.

Tambah Yuhaizad, dengan bayaran hanya RM15 bagi tempat duduk berbumbung dan RM10 (terbuka) berbanding RM20 dan RM15 musim lalu, selain masuk percuma bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, kehadiran penonton pada aksi sulung musim ini amat memberangsangkan.

“Malah kami yakin jika skuad Hang Tuah meraih tiga mata penuh menewaskan PKNS di Shah Alam Sabtu ini, sudah pasti gelanggang sendiri bakal dihadiri lebih ramai penyokong selepas ini.

“Apapun kami mengharapkan peminat setia akan tetap membanjiri stadium walau apa keputusan yang diperolehi, kerana sokongan mereka amat diperlukan untuk membangkitkan semangat juang pemain,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Sabtu lalu, Melaka United tampil dengan cemerlang dimana mereka berjaya membenam PJ City FC dengan keputusan 2-1.

Pemain tengah import pasukan, Liridon Krasniqi menjaringkan satu gol cantik yang menurut ramai pihak wajar diangkat sebagai gol terbaik bagi bulan Februari.

Seorang lagi pemain tengah, Safiq Rahim yang diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan pada perlawanan itu turut menampilkan aksi yang baik dimana beliau membentuk satu gandingan mantap bersama Liridon Krasniqi.

Pada perlawanan Liga Super 2019 minggu kedua, Melaka United akan menentang pasukan PKNS FC di Stadium Shah Alam.

Baca Juga: Peminat Melaka United Berang Soal Jersi “Home” Pasukan

Leave a Reply