Sumber Gambar: PNL

Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menegaskan mereka menyerahkan sepenuhnya nasib mereka dalam saingan Liga Malaysia musim ini kepada pengelola liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie mengakui beliau bersedia untuk menerima apa-apa saja keputusan yang bakal diumumkan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL mengenai kedudukan mereka dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Kedudukan kewangan pasukan Perlis dan enam lagi pasukan yang berdepan isu tunggakan gaji sedang dinilai oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas mereka menghantar segala dokumen kewangan kepada badan pengelola liga itu.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam pada Isnin lalu, kemungkinan keputusan mengenai tindakan yang bakal diambil ke atas tujuh pasukan itu diketahui hari ini.

“Apa yang MFL minta Perlis buat, kita buat dengan menghantar segala dokumen kewangan yang diperlukan selebihnya kita berserah kepada MFL. Apa saja keputusan MFL kita akan terima,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Kedudukan Perlis dalam saingan Liga Perdana menjadi tanda tanya setelah ketua pasukan, Safee Sali memutuskan untuk meninggalkan pasukan dan menyertai Petaling Jaya City FC dalam saingan Liga Super.

Tambah Datuk Amizal, pihaknya tidak berdepan sebarang masalah untuk memberikan pelepasan kepada Safee dan menjangkakan lima lagi pemain akan mengikut jejak langkah bekas penyerang skuad kebangsaan itu.

“Pemain yang dapat tawaran luar, kalau mereka mahu pergi, kami akan beri pelepasan, kelmarin, memang kita sudah beri pelepasan kepada Safee kepada pasukan PJ City jadi tak ada masalah. Ada empat, lima pemain menyatakan niat secara rasmi (keluar), tapi kami belum buat apa-apa keputusan sama ada nak lepaskan mereka.

“Kita masih cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah berbangkit ini, kita cuba bertahan selagi mana mampu, kita tahu pemain utama keluar tapi akan teruskan perancangan, kita juga ada perancangan lain,” tambahnya.

Datuk Amizal mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin pada semalam. Namun, beliau mengesahkan tiada sebarang keputusan diberikan sebaliknya sekadar mendapatkan pandangan

Baca Juga: Manja Man Masih Setia Walau Tidak Dibayar Gaji

Leave a Reply