Sumber Gambar: PNL

Bekas pemain tengah Perlis, Badhri Radzi semakin hampir untuk kembali memperkuatkan skuad The Red Warriors setelah mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Singa Utara itu.

Piya, yang kini berusia 36 tahun mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Perlis setelah pengurusan pasukan itu gagal untuk membayar gaji beliau sebanyak dua bulan. Bukan hanya Piya, malah pemain yang menyertai pasukan sebelum musim 2019 bermula juga masih belum merasai pembayaran gaji walau sesen pun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors Sdn. Bhd, Ahmad Fadli Mohammad, Piya perlu memenuhi beberapa sayarat termasuklah lulus ujian kesihatan sebelum kembali semula menyertai The Red Warriors.

“Jika semua itu berjalan lancar, maka Mohd. Badhri atau Piya akan bersama dengan TRW.

“Saya harap kehadiran Piya akan menambah sengat di bahagian tengah sekaligus memacu TRW untuk mengejar kedudukan terbaik dalam Liga Perdana,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Liga Malaysia musim 2018 merupakan musim yang mahu dilupakan oleh Piya serta peminat setia pasukan. Setelah beraksi selama 11 musim bersama pasukan Kelantan, Piya terpaksa meninggalkan pasukan pada pertengahan musim 2018.

Ini kerana pengurusan pasukan di bawah pimpinan Bibi Ramjani Ilias Khan bertindak menyingkirkan Piya kerana beliau sudah tidak lagi relevan untuk terus beraksi bersama Kelantan yang ketika itu dibimbing oleh Fajr Ibrahim.

Fajr ketika itu lebih gemar menggunakan pemain muda dalam kesebelasan utama pasukan. Selain Piya, pemain senior yang lain seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Nor Farhan Mohammad juga digugurkan.

Setelah meninggalkan Kelantan, Piya mengejutkan komuniti bola sepak Malaysia apabila menerima pinangan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan menyertai pasukan itu yang bakal beraksi dalam sainga Liga Perdana.

Namun, isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh PFA menyebabkan Piya tidak bertahan lama di Perlis dan memutuskan untuk meninggalkan pasukan itu.

Tidak lama kemudian, pasukan Perlis kemudiannya disingkirkan dari saingan Liga Perdana oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ekoran masalah kewangan yang serius.

Baca Juga: Piya Hampir Pasti Pulang Ke Negeri Kelahiran

Leave a Reply