• Tirai saingan Liga Super musim 2019 secara rasminya akan dibuka pada malam ini apabila pasukan Terengganu FC akan menerima kunjungan PKNS FC manakala Pahang akan bertandang ke Cheras bagi menghadapi Kuala Lumpur. Di sini, kami senaraikan 5 pemain yang akan menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu pertama.

    1. Diogo Luis Santo

    Sumber Gambar: JST

    Penyerang terbaik Thai League 1 selama tiga musim terakhir ini akan beraksi bersama juara bertahan, Johor Darul Ta’zim.

    Ramai pihak mahu melihat sama ada Diogo mampu untuk memperagakan prestasi sama bersama JDT ketika beraksi untuk Buriram United.

    2. Dickson Nwakaeme

    Sumber Gambar: Pahang FA

    Dickson kembali memperkuatkan jentera serangan Pahang bagi saingan musim 2019. Gandingan beliau dan seorang lagi pemain import, Ze Love akan menjadi harapan utama pasukan untuk merobek gawang lawan.

    3. Jonathan Bauman

    Sumber Gambar: Kedah FA

    Bauman mempamerkan aksi cemerlang ketika siri perlawanan pra musim. Dengan saingan sebenar sudah bermula, menarik untuk kita saksikan sama ada bekas penyerang Persib Bandung ini mampu untuk mengekalkan momentum atau sebaliknya.

    4. Safawi Rasid

    Sumber Gambar: JST

    Safawi boleh dikategorikan sebagai pemain muda terbaik negara ketika ini. Musim lalu beliau menjadi penjaring terbanyak pasukan dan peminat bola sepak tanah air sudah pasti ternanti-nanti aksi beliau di atas padang musim ini.

    5. Lee Tuck

    Sumber Gambar: Terengganu FC

    Baru-baru ini, pemain tengah Terengganu FC ini mendapat lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan.

    Oleh itu, Lee Tuck sudah pasti bakal menampilkan aksi terbaik beliau bagi menambat hati ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

    Itulah dia 5 pemain yang bakal menjadi tumpuan pada perlawanan Liga Super musim 2019 bagi minggu yang pertama.

    Perlawanan pembukaan ini sememangnya penting untuk semua pasukan memperoleh keputusan yang positif bagi meningkatkan semangat dan juga motivasi para pemain.

    Untuk makluman, semua perlawanan boleh disaksikan menerusi aplikasi Iflix dan ianya percuma.

    Baca Juga: FAM Dan FA England Rancang Kerjasama

    Leave a comment

    Your email address will not be published.