• Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan menyifatkan beraksi di sebelah petang merupakan perkara baru bagi pasukan Kelantan.

    Skuad The Red Warriors memulakan aksi Liga Perdana musim ini dengan langkah kiri apabila mereka tewas tipis kepada pendatang baru, Selangor United dengan keputusan 1-0 pada perlawanan yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalan.

    Gol tunggal perlawanan itu telah dijaringkan oleh pemain import Selangor United dari Uzbekistan, Nikita Pavlenko pada minit ke-23 perlawanan selepas pemain itu berjaya memperdayakan pemain pertahanan Kelantan, Farisham Ismail. Menurut Bibi lagi, para pemain belum membentuk satu keserasian yang baik.

    “Dari segi penampilan saya rasa pasukan Kelantan masih kurang keserasian lagi dan tahniah kepada pasukan Selangor United kerana berjaya mengutip 3 mata pada petang ini.

    “Waktu permainan pada disebelah petang ini mungkin benda yang baru bagi pasukan Kelantan. Selalunya kami bermain disebelah malam. Selepas 10 tahun, kita beraksi di Liga Premier, yang mana bermain diwaktu petang, jadi adalah terlalu awal untuk saya membuat keputusan untuk pasukan saya.”

    “Dalam tempoh seminggu, mungkin dia (Marko Krajevic) tidak mengenali pemain tambahan hari ini pula dia tidak berada bersama pemain dibangku simpanan. Jadi adalah sukar untuk dia memberikan arahan serta motivasi kepada pemain,” katanya menurut laporan Vocket FC.

    Bibi turut menjawab persoalan mengapa Marko Kraljevic tiada di bangku simpanan bagi mengendalikan pasukan pada perlawanan semalam. Bibi berkata Kraljevic masih belum menerima akreditasi.

    “Kita sudah cuba untuk dapatkan akreditasi namun pihak MFL masih belum memberikan kelulusan akreditasi kepada Marko Kraljevic,” tambahnya.

    Kekalahan mengejut kepada Selangor United ini jelas merencatkan permulaan bekas pemenang Piala Malaysia ini dalam saingan Liga Perdana musim 2019.

    KAFA meletakkan sasaran untuk pasukan Kelantan berada di kedudukan dua pasukan terbaik Liga bagi memastikan mereka kembali ke saingan Liga Super musim 2020.

    Kelantan akan berdepan dengan pasukan Sabah pada perlawanan minggu kedua.

    Baca Juga: Semua Pihak Perlu Memainkan Peranan – Datuk Windsor Paul John

    Leave a comment

    Your email address will not be published.