• Ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Shahrin Sahak menggesa anak-anak buah beliau agar tidak cepat berpuas hati dengan prestasi semasa pasukan.

    Aidil berkata demikian setelah Kedah memperoleh kemenangan kedua dalam saingan Liga Super musim ini dimana mereka membelasah pasukan Felda United dengan keputusan pada perlawanan yang diadakan di di Stadium Darul Aman, Alor Setar Sabtu lalu.

    Kemenangan ke atas Felda melonjakkan kedudukan Kedah dimana mereka kini menghuni tangga teratas dalam carta Liga dengan kutipan 7 mata. Tiga lagi pasukan mengekori rapat iaitu Pahang, Melaka United dan Johor Darul Ta’zim dimana ketiga-tiga pasukan ini turut mempunyai mata yang sama.

    Menurut Aidil, kerja keras yang ditampilkan oleh pemain Kedah wajar diberikan pujian kerana kemenangan minggu lalu merupakan kemenangan pertama skuad Lang Merah di laman sendiri.

    “Tahap mentaliti pasukan sangat pen­ting dalam menghadapi persaingan musim ini memandangkan persaingan sengit semua pasukan dalam Liga Super serta kehadiran pemain-pemain import yang semakin berkualiti.

    “Jadi, kami perlu terus fokus dan mengekalkan mentaliti ini bagi menghadapi cabaran seterusnya meskipun kami sekarang berada di atas (kedudukan Liga Super),” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Rata-rata pemain Kedah menampilkan aksi cemerlang dalam tiga perlawanan Liga setakat ini. Di bahagian pertahanan, Renan Alves dan Shakir Hamzah membentuk satu gandingan mantap dimana mereka berjaya mengelakkan pertahanan pasukan daripada dibolosi.

    Di bahagian tengah pula, ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, Fazrul Danel dan Anmar Al-Mubaraki tidak ketinggalan beraksi dengan baik. Malah Anmar dan Fazrul berjaya menjaringkan gol pertama dalam saingan Liga Super pada perlawanan menentang Felda. Fazrul turut diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

    Dua penyerang import, Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez turut memainkan peranan penting dalam rentak cemerlang pasukan Kedah.

    Selain meminta agar pemainnya tidak cepat berpuas hati, bekas pengendali Home United itu turut menegaskan pasukannya sudah bersedia untuk berdepan dengan Petaling Jaya City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor Jumaat ini.

    “PJ City FC merupakan sebuah pasukan yang sangat berdisiplin dan kami kita tidak boleh menganggap ia adalah satu perlawanan yang mudah,” ujarnya.

    Baca Juga: Aidil Shahrin Mahu Tingkatkan Prestasi Pasukan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.