• Pasukan bawah 22 tahun negara akan memulakan cabaran dalam saingan AFF Bawah 22 Tahun pada hari ini dimana pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan turun berdepan pasukan tuan rumah, Kemboja.

    Setelah menempuh pelbagai ranjau dan juga ujian bagi mendapatkan pemain yang beliau mahukan untuk mewakili skuad Harimau Malaya, akhirnya 23 pemain telah dipilih bagi membawa cabaran Malaysia dalam saingan edisi kali ini.

    Meskipun kehilangan beberapa nama besar seperti Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Syahmi Safari dan Daniel Amier Norhisham, namun pemain yang dibawa bagi menggantikan empat pemain ini dilihat mempunyai kelebihan yang tersendiri.

    Pemain seperti Hadi Fayyadh Abdul Razak, Nik Akif Syahiran, R.Kogileswaran dan Nik Azli Nik Alias bakal menjadi harapan utama negara untuk merobek gawang pertahanan lawan. Terutamanya Hadi Fayyadh yang beraksi di J3 bersama Fagiano Okayama.

    Pengalaman yang dimiliki oleh Hadi, Nik Akif dan Kogi yang sebelum ini beraksi di pentas besar seperti Sukan Asia 2018 dan beraksi bersama pasukan senior negara bakal memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia mencatat kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan sekaligus melangkah ke peringkat seterusnya.

    Selain pemain di atas, pemain di bahagian pertahanan seperti Dominic Tan, Evan Wensley Wenseslaus, R.Dinesh dan Amirul Ashraf Ariffin diharapkan mampu untuk menampilkan aksi cemerlang bagi melindungi Haziq Nadzli yang berkemungkinan besar bakal menjadi penjaga gol nombor satu negara dalam kejohanan tersebut.

    Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee harus mencatatkan keputusan positif apabila berdepan pasukan Kemboja malam ini bagi memberikan moral booster kepada pemain. Ini kerana selepas bertemu Kemboja, pasukan negara akan turun menentang pasukan Myanmar dan Indonesia.

    Myanmar dibimbing oleh bekas ketua jurulatih Kelantan, Velizar Emilov Popov. Setelah enam bulan membimbing The Red Warriors, Popov sedikit sebanyak mengenali corak permainan yang akan digunakan oleh Kim Swee.

    Pasukan Indonesia pula mereka dibarisi oleh beberapa pemain utama ketika saingan Sukan Asia 2018 lalu seperti Witan Sulaeman, Todd Rivaldo Ferre, Osvaldo Haay dan Firza Andika yang beraksi bersama kelab Belgium, AFC Tubize.

    Baca Juga: Tugas Getir Menanti Pasukan Negara – OKS

    Leave a comment

    Your email address will not be published.