• Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) terus dihimpit masalah apabila beberapa pemain ternama dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan Perlis atas faktor tunggakan gaji yang sedang dihadapi persatuan itu.

    Khabar angin ini kencang bertiup di media sosial dimana pemain seperti Badhri Radzi memutuskan untuk angkat kaki kerana masalah gaji yang masih belum diselesaikan oleh PFA.

    Semalam, Safee Sali mendedahkan beliau menghubungi Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) kerana belum menerima gaji pertamanya sejak menyertai pasukan itu.

    Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya berkata, Safee menghubungi pihaknya bagi mendapatkan nasihat serta pandangan kerana tunggakan gaji sudahpun memasuki bulan kedua.

    “Kami bukan nak pertikaikan kelayakan Perlis bermain di Liga Perdana kerana itu bidang kuasa MFL (Liga Bolasepak Malaysia) menentukan pasukan mana yang layak beraksi.

    “Tapi apa yang kami risaukan ialah mengenai isu tunggakan gaji pemain yang masih tidak lagi selesai sedangkan ia sudah berlarutan beberapa tahun.

    “Sekarang timbul pula isu baru membabitkan Safee yang bermain untuk Perlis. Memang dia ada hubungi kami dan menyatakan masih tidak dapat gaji.

    “Dengan berita ini, sudah tentu kami selaku persatuan pemain kecewa dengan situasi ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Melihat kepada situasi yang terjadi ketika ini, maka tidak hairanlah jika pemain ternama pasukan mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan.

    Apa gunanya beraksi dengan bersungguh-sungguh ketika sesi latihan dan di atas padang jika mereka tidak menerima bayaran satu sen pun. Lebih baik pemain ini mencari pasukan baru yang mampu untuk membayar gaji mereka.

    Harus kita ingat, passion saja tidak akan membayar bil dan juga tanggungan pemaij sehari-hari. Dua perkara ini perlukan wang dan penting untuk menerima gaji untuk mereka meneruskan hidup.

    Sehingga kini, pihak PFA belum memberikan sebarang penjelasan mengenai kelewatan pembayaran gaji pemain untuk saingan musim 2019.

    Sebelum ini, pengurusan PFA berjanji akan melunaskan hutang pemain yang beraki untuk Perlis Northern Lions 2 pada bulan Mac nanti.

    Baca Juga: PFA Semakin Terdesak

    Leave a comment

    Your email address will not be published.