• Perlawanan Liga Perdana 2019 antara Johor Darul Ta’zim II menentang pasukan Perlis berkemungkinan besar bakal disiasat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

    Badan induk bola sepak negara itu mahu memastikan tindakan yang sewajarnya diambil jika perlawanan tersebut mempunyai unsur ‘jual perlawanan’.

    Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya telah memaklumkan kepada MFL mengenai perkara tersebut untuk diperiksa dan disiasat sebelum sebarang tindakan diputuskan.

    “Saya sudah maklumkan kepada bahagian integriti untuk periksa perkara ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

    Pemain pertahanan Perlis, Amirizdwan Taj Tajuddin membuat kesilapan apabila hantaran beliau ditampan oleh Nicolas Fernandez pada lewat perlawanan sekaligus menjaringkan gol kemenangan buat JDT II.

    Kesilapan yang dilakukan Amiridzwan nyata mendapat reaksi dari ramai pihak dimana beliau dituduh sengaja membuat kesilapan tersebut sekaligus memberikan kekalahan kedua buat Perlis dalam saingan Liga Perdana.

    Bekas pemain skuad kebangsaan, Hasnizam Uzir kemudiannya memuat naik satu tweet dimana beliau mempersoalkan sama ada Amirdzwan sengaja memberikan bola tersebut kepada Nicolas. Beliau turut menggesa MFL untuk mengeluarkan Perlis daripada saingan Liga Perdana.

    Amiridzwan kemudiannya tampil mempertahankan diri dan beliau membalas kenyataan Hasnizam. Bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan itu turut menyatakan mana-mana pihak boleh memeriksa beliau jika benar terlibat dalam gejala yang tidak sihat.

    Baca Juga: 7 Pasukan Gagal Hantar Dokumen Lengkap

    Leave a comment

    Your email address will not be published.