Sumber Gambar: Stadium Astro

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menggesa anak buahnya untuk mengawal emosi pada perlawanan Piala Airmarine 2019 menentang pasukan Singapura pada Rabu ini.

Menurut Cheng Hoe, pertembungan diantara Malaysia menentang Singapura sememangnya mempunyai yang tersendiri dan kedua-dua pasukan dijangka menampilkan aksi terbaik dan akan memberikan cabarang yang sengit terhadap satu sama lain.

Justeru, pengendali berusia 51 tahun itu berkata pemain Malaysia harus sentiasa bersedia dan memastikan kawalan emosi pada tahap terbaik sepanjang 90 minit di atas padang.

“Kita nak baiki ranking kita dan pada masa sama menjuarai kejohanan sulung ini. Apa yang penting pemain tidak boleh emosi dalam perlawanan kerana tidak mahu dilayangkan kad merah atau kuning yang pastinya boleh menjejaskan rentak pasukan.

“Singapura pasti menghantar pasukan terbaik walaupun mereka tidak membawa dua orang anak Fandi Ahmad (Irfan dan Ikhsan)… mereka (Singapura) juga ingin dapatkan satu keputusan terbaik dan keputusan itu seperti kita tahu amat penting untuk kedua-dua negara,” katanya menurut laporan Frontdesk.

Mengulas mengenai keadaan semasa pasukan, Cheng Hoe berkata pemain PKNS FC Nicholas Swirad hampir pasti menjadi antara tiga pemain yang bakal digugurkan bagi melengkapkan senarai akhir 22 pemain menghadapi Piala Airmarine 2019.

Cheng Hoe turut mengharapkan penyerang negara Norshahrul Idlan Talaha yang tidak berlatih bersama pasukan hari ini disebabkan demam panas dan pemain tengah Kenny Pallraj yang masih bergelut dengan kecederaan, kembali cergas dalam masa terdekat.

“Kemungkinan besar Nic (Swirad) dia tidak sempat pulih untuk kejohanan ini tetapi saya berharap Mat Yo (Norshahrul) dan Kenny dapat kembali cergas untuk aksi lawan Singapura nanti. Kita perlukan Mat Yo sebab pengalamannya di pentas antarabangsa sangat luas dan boleh membantu pasukan,” tambahnya.

Untuk rekod, Malaysia menewaskan Singapura 3-1 pada saingan kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Singapura sebelum seri 0-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar pada 2016 yang merupakan kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu.

Baca Juga: Pertukaran Posisi Bawa Tuah Untuk Latiff Suhaimi

Leave a Reply