Sukan bola sepak merupakan sukan yang paling diminati dan paling mendapat perhatian rakyat Malaysia. Tak kira tua ataupun muda, masing-masing mempunya pasukan yang diminati dan sentiasa memberikan sokongan apabila pasukan kegemaran mereka bermain.

Keterujaan yang ditampilkan oleh peminat ini membuatkan kami terfikir bagaimana kami boleh membantu dalam menambahkan lagi keterujaan, cinta terhadap bola sepak serta menyemarakkan lagi semangat di kalangan peminat. Oleh itu, maka terlahirlah Inikan Bola.

Kami bermula dengan mencipta sebuah aplikasi dimana aplikasi tersebut dapat mengumpulkan pengguna bagi menjawab kuiz yang telah kami sediakan. Kami kemudiannya melancarkan kempen #BolaVaganza yang mana beberapa pengguna kami telah berjaya memenangi hadiah yang ditawarkan seperti PS4 dan juga sebuah motosikal.

Akan tetapi, seiring dengan berjalannya waktu, kami terpaksa membuat perubahan terhadap business model yang kami gunakan. Kami kemudiannya membuat keputusan untuk mengubah Inikan Bola menjadi platform berita yang memaparkan berita mengenai perkembangan Liga Malaysia.

Sepanjang menyediakan berita mengenai perkembangan Liga Malaysia, kami berdepan dengan pelbagai cabaran dan juga rintangan. Meskipun begitu, kami merasa senang dan bangga dapat mengutarakan informasi kepada pengguna sekaligus menyemarakkan lagi kemeriahan serta semangat tentang saingan bola sepak di negara ini. Tujuan kami pada awal mula menubuhkan Inikan Bola juga telah tercapai.

Pada masa yang sama, Inikan Bola turut menempa nama dimana kami berjaya meletakkan diri kami sebaris dengan beberapa platform yang terlebih dulu bermula sebelum kami.

Namun, setelah tiga tahun bertapak dan menyajikan pelbagai informasi serta maklumat mengenai bola sepak tempatan dan antarabangsa, kami dengan berat hati harus membuat keputusan dimana kami akan memperlahankan operasi kami.

Sebagai bentuk penghargaan terhadap anda yang telah setia menyokong kami, di sini kami juga ingin menjemput anda untuk membantu kami dari segi content dalam laman web Inikan Bola. Anda dialu-alukan untuk menghantar artikel kepada kami di marketing@inikanbola.my.

Artikel yang anda hantar akan kami teliti terlebih dahulu. Jika penulisan anda sesuai dengan kriteria kami, maka artikel anda akan diterbitkan di inikanbola.my. Pihak kami juga akan menghadiahkan insentif sebagai penghargaan.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan peluang dan memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada Inikan Bola. Kami sangat menghargai sokongan yang anda berikan selama ini.

Diharapkan bola sepak Malaysia bertambah maju pada masa yang akan datang. Semoga kita sebagai peminat bola sepak tanah air sentiasa bersatu hati dalam memberikan sokongan. Terima kasih semua.

INIKAN BOLA, Menyatukan Kita Semua

Leave a Reply