• Ketua pasukan Johor Darul Ta’zim, Harris Harun menggesa rakan pasukannya untuk tidak berasa selesa dengan prestasi semasa kerana semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia mahu menewaskan JDT.

    Harris berkata demikian menjelang pertemuan menentang pasukan Selangor hari ini dimana pemain kebangsaan Singapura ini mahu rakan sepasukan untuk tidak memandang rendah keupayaan Selangor yang masih bergelut mencari rentak dan juga kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini.

    Apatah lagi pemain Selangor masih lagi segar dari kejayaan mengikat pasukan Pahang ketika kedua-dua pasukan berentap di Darul Makmur. Jadi, anak-anak buah B.Sathianathan memiliki motivasi yang tinggi ketika ini.

    “Saingan masih di peringkat awal dan kami tidak boleh mengetepikan cabaran mereka. Adalah penting kami menghadapi setiap perlawanan seperti pertemuan final.

    “Sebagai juara bertahan, kami tidak boleh mengetepikan cabaran daripada setiap lawan kerana mereka ingin mengalahkan kami,” kata Harris kepada Stadium Astro

    Tambah Harris Harun, yang beraksi bersama Johor Darul Ta’zim sejak 2014 tiga mata merupakan sasaran utama pasukan apabila turun beraksi malam ini.

    Jika berjaya memperoleh kemenangan, maka perkara itu menjadi motivasi tambahan buat anak-anak buah Luciano Figueroa menjelang perlawanan pertama saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 menentang Kashima Antlers di Tokyo, Jepun, pada Selasa depan.

    “Bukan mudah untuk beraksi di tempat lawan dalam saingan Liga Malaysia ini, tidak kira kami bermain di mana-mana sekalipun.

    “Kami perlu sentiasa berada di tahap terbaik daripada sudut mental dan fizikal,” tambahnya.

    Setakat empat perlawanan Liga, JDT masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dimana mereka mencatat tiga kemenangan dan satu seri. Juara bertahan Liga Super ini sedang menduduki tangga kedua di belakang pasukann Kedah dimana mereka hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.

    Manakala pasukan Selangor pula masih lagi tercari-cari kemenangan pertama dimana setakat ini mereka mencatat tiga seri dan mengalami satu kekalahan.

    Jika JDT berjaya mencatat kemenangan, maka mereka akan melonjak ke puncak Liga untuk 24 jam yang akan datang. Jika Selangor mencatat kemenangan pula, mereka bakal melonjak ke tangga keenam dan memintas tiga pasukan iaitu PJ City FC, Felda United dan Terengganu FC.

    Baca Juga: Selangor Serba Kekurangan Berdepan JDT

    Leave a comment

    Your email address will not be published.