• Bekas pemain pasukan Kedah, Akmal Rizal Akmal Rakhli berpendapat tiga pasukan iaitu, Pahang, PKNS FC dan Johor Darul Ta’zim bakal memberikan ancaman kepada bekas pasukannya dalam perburuan mahkota Liga Super musim ini.

    Menurut Akmal, yang juga bekas jurulatih skuad bawah 17 tahun Perlis, terdapat beberapa faktor yang boleh meletakkan pasukan Kedah sebagai pencabar kejuaraan Liga Super musim 2019.

    “Kita lihat Kedah yang kini menghuni tangga teratas Liga Super, jelas memilliki corak serangan yang pantas serta memiliki barisan pertahanan yang berkualiti hasil dari percaturan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

    “Kelebihan Kedah juga adalah kerana memiliki lima import yang berada pada tahap yang terbaik kerana dalam saingan liga, pasukan yang memiliki pemain import terbaik maka pasukan mampu berin saingan kelompok teratas liga. Itu yg kita lihat tiap-tiap tahun berlaku.

    “Setakat ini kita sudah melihat lapan pemain Kedah termasuk semua importnya berjaya menghasilkan gol dan itu satu lagi faktor kerana untuk menjadikan satu pasukan yang baik, kita memerlukan ramai pemain yang mampu menjaringkan gol dan itulah yang berlaku dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini dan kini berlaku dalam skuad Kedah,” kata Akmal kepada Berita Harian.

    Tiga pasukan yang disebut Akmal ini sememangnya mampu untuk memberikan ancaman kepada Kedah yang ketika ini menghuni tangga teratas Liga. Setakat empat perlawanan, hanya PKNS FC yang mengalami kekalahan musim ini manakala Kedah, JDT dan Pahang masih lagi belum tewas.

    Tambah Akmal yang pernah beraksi bersama Selangor, Kedah, Johor Darul Ta’zim, Pahang dan PKNS FC mempunyai kekuatan serta kelebihan yang tersendiri bermula dari bahagian pertahanan hinggalah posisi serangan. Akmal merasakan keempat-empat pasukan ini menduduki empat pasukan terbaik Liga dan akan bersaing untuk merebut kejuaraan Liga Super.

    “Inilah empat pasukan yang saya jangkakan boleh bersaing dengan lebih jauh dalam saingan Liga Super musim ini sekiranya pasukan-pasukan itu dapat mengekalkan momentum serta prestasi semasa masing-masing secara berterusan,” tambahnya.

    Baca Juga: Semua Pasukan Mahu Tewaskan JDT – Harris Harun

    Leave a comment

    Your email address will not be published.