- 6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Liga Super 2018! (Part1)
- 5 Pemain Bawah 22 Tahun Yang Layak Bermain Di Luar
- Kelab Luar Mahukan Khidmat Danial Amier ?
- Bagaimana E-Hailing Dan Operator Pengangkutan Awam Membantu Memeriahkan Liga Malaysia
- Pergilah Jika Ada Peluang!
- Then vs Now: 5 Pemain Bola Sepak Negara Semasa Muda
- Jambang Paling Menawan Dalam Liga Malaysia
- 5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini ?
- Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa!
Sumber foto: Sky Sports
Fri, 2, Feb, 2018, 10:16 AM | Oleh LPI_MY 10 Fakta Menarik Mengenai Olivier Giroud ArsenalChelseaFranceLPI MalaysiaOlivier Giroud
Olivier Giroud, 31 tahun rasmi berpindah ke Chelsea setelah mengharungi lima musim bersama The Gunners. Beliau menyifatkan perpindahannya adalah perlu, untuk membolehkan Arsenal mendapatkan penyerang dari Borrusia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang.
Sempena perpindahan beliau ke Chelsea, mari kita lihat 10 fakta menarik mengenai penyerang berketinggian 192cm ini dengan lebih dekat.
1. Olivier Giroud mempunyai abang bernama Romain Giroud yang menceburi bidang bolasepak profesional sebelum beliau. Romain bermain dengan Kelab Auxerre bawah 15 dan 17 tahun, bersama-sama Thierry Henry, David Trezeguet dan Nicholas Anelka. Namun abangnya tidak meneruskan karier sebagai pemain bolasepak dan memutuskan untuk menjadi seorang pakar pemakanan.
2. Takut kepada watak kartun “Alf” ketika kanak-kanak. Kakaknya selalu menakut-nakutkan beliau dengan kartun ini. Walaupun Alf ialah watak seekor khinzir yang penyayang, namun Oli tidak langsung merasa terhibur dengan watak tersebut.
Olivier Giroud, dulu dan kini. Sumber foto: lifeblogger
3. Oli dibesarkan di Froges, Grenoble Perancis. Dia memulakan karier bolasepaknya bersama Olympique De La Froges. Beliau menghabiskan enam tahun di situ, sebelum menyertai kelab profesional, Grenoble pada usia 13 tahun. Ketika ini, beliau agak terkesan dengan keputusan abangnya untuk bersara dari karier sebagai pemain bolasepak, menyebabkan dia di pinjamkan ke kelab bawahan, Istress.
Abang kepada Olivier, Romain Giroud.
Ketika ini kelabnya merasakan beliau tidak mempunyai ciri-ciri pemain elit, dan bersedia untuk menjualnya kepada Istress. Giroud bagaimanapun, menguatkan tekadnya untuk terus berjuang dalam bidang ini, dan berusaha keras untuk kekal menjadi pemain bolasepak.
Beliau kemudiannya menyertai Tours, dan menjadi penjaring terbanyak dengan 21 gol. Kemudian beliau berhijrah ke Montpellier dan sekali lagi menjadi penjaring terbanyak dengan jumlah gol yang sama sekaligus membantu kelabnya menjuarai liga buat pertama kali.
4. Beliau telah berkahwin dengan Jennifer pada tahun 2011. Jade Giroud dilahirkan pada 2013. Diikuti Evan Giroud pada 2016. Anak ketiga Giroud lahir pada Oktober 2017.
5. Kerana wajah kacaknya, beliau menjadi model bagi wangian Hugo Boss. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai “Pemain PL paling hangat” pada 2015. Menjadikan David Beckham idolanya dalam bidang peragaan dan modeling.
6. Beliau seorang katolik, dan berpegang teguh pada ajaran itu. Tatu di lengannya juga adalah petikan ayat dari kitab yang membawa maksud tertentu. Beliau menggambarkan dirinya sebagai seorang yang beragama.
Giroud bersama isteri, Jennifer ketika malam anugerah FIFA The Best Award 2017.
7. Beliau bersahabat baik dengan Laurent Koscielny. Koscielny ialah rakan sepasukannya semasa di Tours. Mereka sangat rapat di sana, ketika di bilik persalinan, dalam bas, latihan, foto pasukan, makan malam, mereka sentiasa bersama. Semasa berpindah ke Arsenal, Giroud ada menyebut beliau gembira dapat bermain bersama kelab yang hebat, pengurus yang hebat dan rakannya “Lolo” juga ada di sana.
Mohon diteruskan persahabatan ini walaupun mereka sudah tidak beraksi bersama lagi di peringkat kelab.
8. Giroud boleh bermain dalam pelbagai posisi penyerang. Kebiasaannya beliau bermain sebagai penyerang tunggal atau pemain tengah. Dia juga boleh digandingkan sebagai penyerang kedua. Seorang penyerang yang mempunyai fizikal yang kuat, ketajaman dan ketepatan, skill “first-touch” yang baik.
9. Gol kala jengkingnya telah memenangi Anugerah Puskas pada tahun 2017. Olivier jarang mendapat kecederaan serius, semenjak bergelar pemain bola sepak profesional.
10. Gaya rambutnya menjadi ikutan ramai peminat seluruh dunia. Pernah seorang kanak-kanak meniru gaya rambutnya namun rupa-rupanya pihak sekolah tidak membenarkan gaya tersebut. Kanak-kanak tersebut, Danny Purdy dihantar pulang ke rumah dan menangis memberitahu gaya rambutnya adalah tidak dibenarkan di sekolah.
Tiada siapa yang dapat melupakan gol ‘scorpion kick’ ini! (Sumber foto: goal.com)
Ya, kanak-kanak inilah yang diarah pulang semula ke rumah kerana meniru gaya rambut Giroud!
Selamat maju jaya buat Olivier Giroud!
Artikel Oleh : Nby
Ikuti kami juga di:
Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
Instagram : @lpi_my
Twitter: @LPI_MY
#LPIMY
(Visited 404 times, 1 visits today)
Aksi Berkaitan
“Saya Terima Jika Saya Dipecat Seperti Pengu… Previu PL Matchweek 24: Arsenal vs Crystal Palace ‘Bukan Masanya Untuk Berbulan Madu’ … Lembaga Pengarah Chelsea Mengecewakan Antonio Cont… ← Artikel Sebelum Senarai Penuh Perpindahan Pasukan-Pasukan PL Pada Jendela Perpindahan Musim Sejuk 2018 Artikel Selepas → 5 Pasukan “Rivals” Yang Berkongsi Stadium!
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
AKSI POPULAR
Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
Pemain ini menjadi senjata utama… (2,515 Visited)Piala AFC Terakhir Buat Johor Darul Ta’zim ?
Juara Liga Super 2017, Johor… (1,944 Visited)Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di…
Pada artikel sebelumnya, kami telah… (1,432 Visited)Buriram Dan Kelab Jepun Mahukan Akhyar Rashid ?
Kecemerlangan pemain bawah 22 tahun… (1,377 Visited)
Aksi Terkini
-
Bukan salah Conte: Cahill
-
Liga Super 2018: Kedah Dan Perak Mahukan 3 Mata!
-
Liga Perdana 2018: Sabah Kecewa, Felda United Berpesta Gol
-
‘Pecat Saya Jika Itu Yang Terbaik’
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>