Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Tue, 21, Nov, 2017, 8:00 PM | Oleh 10 Pemain Asean Yang Boleh Diberi Perhatian Oleh Pasukan Liga M

  • Semalam Persatuan Bola Sepak Malaysia telah mengesahkan bahawa kuota pemain import dalam saingan Liga Malaysia akan ditambah. Kuota pemain import Asean telah dibenarkan bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Dengan adanya kuota pemain import Asean, disini kami menyenaraikan 10 pemain Asean yang boleh diambil perhatian oleh pasukan dalam Liga Malaysia.

    1. Chan Vathanaka

    Penyerang Kemboja ini baru berusia 23 tahun. Anda pasti masih ingat bagaimana Vathanaka mengkucar-kacirkan pertahanan Malaysia ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2016 antara Malaysia menentang Kemboja. Musim ini beliau mewakili kelab Jepun iaitu Fujieda MYFC. Pasukan Terengganu dikhabarkan bermiant dengan khdimat beliau.

    2. Stefano Lilipaly

    Pemain tengah kelahiran Belanda ini memilih untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan Indonesia pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 lalu. Beliau berusia 27 tahun dan ketika ini mewakili Bali United dalam saingan Liga 1 Indonesia. Lilipaly mempunyai pengalaman beraksi di eropah bersama SC Caambur dan FC Telstar di Liga Belanda.

    3. Nguyen Van Quyet

    Pemain berusia 26 tahun ini mampu untuk bermain sebagai pemain sayap ataupun pemain tengah menyerang. Beliau menunjukkan prestasi cemerlang ketika kempen Piala AFF Suzuki 2016 lalu. Saat ini, beliau mewakili pasukan Hanoi FC dalam saingan Liga Vietnam.

    4. Faris Ramli

    Kita pernah melihat kelibat Faris Ramli ketika pasukan Lions XII bermain di Liga Super. Pemain ini bermain di posisi sayap dan mempunyai skill dan kelincahan yang baik. Musim ini, beliau mewakili pasukan Home United dalam saingan Liga Singapura.

    5. Daisuke Sato

    Thailand’s Perapat Notechaiya (L) fights for the ball with Philippines’ Daisuke Caumanday Sato (R) on December 6, 2014 during the first leg of the AFF Suzuki Cup semi-final football match between the Philippines and Thailand in Manila. AFP PHOTO / Jay DIRECTO / AFP PHOTO / JAY DIRECTO

    Pemain berdarah Jepun ini memilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Filipina. Posisi Sato ialah pertahanan kiri dan beliau berusia 23 tahun. Musim ini beliau mewakili AC Horsens dalam saingan Liga Denmark.

    6. Irfan Bachdim

    Penyerang Indonesia ini berusia 29 tahun. Musim ini Irfan mewakili Bali United dalam saingan Liga 1 Indonesia. Irfan juga pernah bermain di Liga Thailand bersama Chonburi FC. Selain Liga Thailand, beliau juga pernah mewakili Consodole Sapporo dalam saingan Liga Jepun.

    7. Theerathon Bunmathan

    Pemain di posisi pertahanan ini berusia 27 tahun. Saat ini beliau mewakili Muangthong United dalam saingan Liga Thailand. Dalam saingan Piala AFF 2016, beliau dianggap sebagai pertahanan kiri terbaik kejohanan. Gandingan beliau bersama Tristan Do berjaya memberikan Thailand kejuaraan Piala AFF Suzuki 2016 lalu.

    8. Phil Younghusband

    Ketua pasukan sekaligus penyerang Filipina ini berusia 29 tahun. Beliau merupakan graduan akademi pasukan Chelsea. Pasukan semasa beliau ialah Davao Aguilas dalma saingan Liga Filipina. Younghusband juga mampu untuk bermain di pelbagai posisi serangan.

    9. Chanatip Songkrasin

    Siapa yang tidak kenal dengan “Messi Thailand” ini. Beliau berusia 24 tahun. Penampilan cemerlang beliau dalam saingan Liga domestik bersama Muangthong United telah menambat hati Consodole Sapporo dalam saingan Liga Jepun. Kelab Jepun itu kemudiannya menandatangani Chanatip secara pinjaman selama satu musim. Akankah ada pasukan yang mampu membawa beliau ke Liga M ?

    10. Teerasil Dangda

    Penyerang Thailand ini sudah terkenal di peringkat Asean. Beliau pernah menimba ilmu bersama pasukan Manchester City. Selain itu, Teerasil juga pernah mewakili pasukan Almeria dalam saingan Liga Sepanyol. Musim ini beliau mewakili Muanthong United.

    Itulah senarai 10 pemain yang boleh diberi perhatian oleh pasukan dalam Liga Malaysia. Nantikan artikel kami yang seterusnya berkenaan pemain import Asean dalam Liga Malaysia.

    (Visited 203 times, 1 visits today) ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    BERITA BERKAITAN

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.