Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber gambar: AntaraPos

Mon, 1, Jan, 2018, 8:00 AM | Oleh 4 Gandingan Pertahanan Tengah Negara Pada Masa Akan Datang

  • Ketika kempen kelayakkan Piala Asia 2019, skuad negara kita hanya mampu mengutip 1 seri dan mengalami 5 kekalahan. Kita boleh melihat selain barisan serangan kita yang tumpul, barisan pertahanan negara juga senang dibolosi pihak lawan. Haa dalam tulisan kali ini, kami menyenaraikan 5 gandingan pertahanan yang boleh disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan.

    1. Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria
    Ketika kempen kelayakkan Piala Asia bawah 22 tahun dan juga Sukan SEA 2017, kita boleh melihat betapa kukuhnya barisan pertahanan negara. Dua pemain yang menjadi nadi ketika itu ialah Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin. Bermain dalam sistem 3 pertahanan, kedua-dua pemain ini membentuk persefahaman yang baik. Kami pun mengesyorkan agar kedua-dua pemain ini dipanggil oleh Tan Cheng Hoe.

    2. Fadhli Shas dan Junior Eldstal
    Apabila Marcos Antonio cedera dan Aidil Zafuan tidak dalam prestasi terbaik, Fadhli dan Junior digandingkan oleh Ulisses Morais. Dan gandingan ini tidak mengecewakan. Junior berjaya membentuk persefaham yang baik bersama Fadhli. Kedua-dua pemain ini juga tidak asing dalam skuad kebangsaan. Sudah pasti mereka akan cepat menyesuaikan diri.

    3. Adib Zainuddin dan Syazwan Zaipol Bahari
    Prestasi cemerlang Syazwan bersama PKNP FC berjaya menarik perhatian Datuk Ong Kim Swee untuk memanggil beliau bagi menghadapi Sukan SEA 2017. Adib juga beraksi cemerlang ketika Sukan SEA lalu. Walaupun hanya memanaskan bangku simpanan, kami yakin Syazwan dapat membentuk keserasian bersama Adib.

    4. Shahrul Saad dan Syazwan Tajuddin
    Shahrul dan Syazwan menjadi sebahagian daripada skuad Sukan SEA 2015. Meskipun kedua-dua pemain ini tidak membarisi skuad utama Perak dan Kedah, namun kami percaya jika mereka dberikan peluang untuk beraksi, mereka akan beraksi dengan baik. Syazwan dikenal sebagai “ball palying defender” yang baik ketika beliau belum mengalami kecederaan lutut.

    Itu dia 4 gandingan pertahanan tengah yang boleh diambil kira oleh Tan Cheng Hoe. Adakah anda mempunyai gandingan lain yang ingin dikonsgi ? Haa jangan malu-malu kongsi dengan kami.

    (Visited 373 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Syamer Dan Akhyar Harus Diturunkan ? Rumusan Perangsang Selangor Speakers Corner Malaysia Vs Korea Selatan: Tersingkir Tetapi Memba… Kelab Luar Mahukan Khidmat Danial Amier ? ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.