Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Foto: JOE.co.uk

Mon, 29, Jan, 2018, 4:31 PM | Oleh 5 Stadium Tertua Di Liga Perdana Inggeris Musim 2017/2018

  • Jika anda seorang penonton Liga Perdana Inggeris, sudah tentu anda mengenali stadium-stadium yang saban tahun digunakan di dalam liga yang paling berprestij di dunia itu. Ayuh kita lihat 5 buah stadium tertua di Liga Perdana Inggeris yang masih dimainkan sehingga saat ini!

    Ada di antara stadium itu sudahpun berusia lebih 100 tahun yang saban dekad mengalami pelbagai penambahbaikan tidak kira dari segi binaan dan teknologi.

    5) The Hawthorns (1900)

    Sumber Foto: expressandstar.com

    Kelab: West Bromwich Albion (1900- kini)

    Menjadi sesuatu yang emosional buat penyokong West Bromwich Albion, The Hawthorns adalah sebuah stadium yang sangat dekat dengan 2 buah lagi stadium yang menjadi milik Aston Villa FC dan Birmingham City FC. West Bromwich Albion berpindah dari stadium lama mereka iaitu Stoney Lane yang sempit. Kini berkapasiti 26,850, stadium ini dibuka pada September 1900 dan pernah mempunyai rekod kehadiran setinggi 64,815 orang ketika melawan Arsenal pada tahun 1937!

    Nota penulis: Penyokong mereka ini sangat tabah kerana berada di antara Aston Villa dan Birmingham City, yang sangat ganas jika ada perlawanan derbi antara dua kelab itu.

     

    4) Goodison Park (1892)

    Sumber Foto: Stadium DB

    Kelab: Everton FC (1892 – kini)

    Bukanlah stadium tertua di Merseyside, tetapi stadium ini dibina awal tahun 1891 dan akhirnya dibuka pada 24 Ogos 1892. Direka oleh dua beradik Kelly Brothers, stadium berkapasiti 39,572 tempat duduk ini menyaksikan zaman suram dan zaman gemilang Everton sejak lebih 100 tahun yang lalu. John Houlding yang merupakan pengerusi Everton yang pertama mengalami sedikit pertikaian akhirnya, menyaksikan tertubuhnya pasukan Liverpool FC yang bermain di bekas stadium yang mana Everton FC bermain antara tahun 1884 hingga 1992, Anfield Stadium.

    Nota penulis: Jika tiada pertikaian, makanya mungkin kelab juara Piala Eropah sebanyak 5 kali itu tidak akan wujud. Betul tak?

     

    3) Anfield (1884)

    Sumber Foto: Liverpool Echo

    Kelab: Everton (1884 – 1892), Liverpool (1892 – kini)

    Liverpool FC bukanlah kelab pertama di Liverpool, stadium tua ini sebenarnya adalah untuk kelab Everton yang mana turut dipengerusi oleh John Houlding, pengerusi pertama Everton yang juga merupakan pengasas kelab bolasepak Liverpool. Kini stadium tersebut berkapasiti 54, 074 tempat duduk yang turut dikenali dengan slogan “This Is Anfield”  dan “You’ll Never Walk Alone” ini merupakan satu struktur binaan yang cukup memberikan rasa sebak kepada seluruh pencinta Liverpool.

    Nota penulis: Stadium yang cukup klasik, terhormat kerana menjadi tuan rumah kepada dua pasukan terhebat dari Merseyside, antara stadium yang penulis impikan nak pergi bergambar.

     

    2) Turf Moor (1883)

    Sumber Foto: Football Tripper

    Kelab: Burnley (1883 – kini)

    Kelab yang kerap turun naik divisyen ini mempunyai stadium dengan corak empat segi klasik British. Sejarah stadium tertua di Lancashire ini adalah 50 tahun lebih awal berbanding tarikh rasmi ia menjadi sebuah stadium, iaitu pada 1833, ketika Kelab Kriket Burnley ditubuhkan pada waktu itu. Pada tahun 1883, Burnley FC dijemput untuk bermain di Turf Moor dan sehingga kini ia menjadi satu-satunya stadium yang tersemat dalam setiap penyokong Burnley FC. Stadium berkapasiti 21,401 ini turut dilengkapi dengan sebuah universiti bolasepak bernama UCFB yang turut mempunyai cawangan di Etihad Stadium, Manchester dan Stadium Wembley di London.

    Nota Penulis: Penulis pernah bercita-cita untuk cuba apply Ijazah Sarjana Muda di universiti ini, tapi terlupa pula masa tu baru lepas habis SPM. Sampai sekarang masih menjadi cita-cita.

     

    1) Stamford Bridge (1877)

    Sumber Foto: outfortheseason.com

    Kelab: Chelsea (1905 – kini)

    Stadium yang dibuka pada 28 April 1877 ini direka oleh Archibald Leitch, yang turut mereka White Hart Lane selepas Kelly Brothers. Pada mulanya digunakan oleh Kelab Olahraga London. Hanya pada tahun 1905, Chelsea bermain di sini disebabkan pengasas Chelsea FC, Gus Mears dan Joseph Mears yang mahukan perlawanan bolasepak diadakan di sini. Hanya 300 meter dari stesen keretapiFulham Broadway, stadium ini menjadi kebanggaan bagi warga Kensington dan Chelsea seluruhnya.  Stamford Bridge juga pernah menjadi tuan rumah bagi 3 kali perlawanan Piala FA antara tahun 1920 – 1922. Kini stadium yang berkapasiti 41,631 ini dijangka akan membuat pembangunan semula untuk meningkatkan kapasiti stadium kepada 60,000 tempat duduk.

    Nota penulis: Stadium tertua di London ini pernah jadi padang lumba kuda, padang olahraga, pada American Football dan juga padang bolasepak. Tetapi bolasepak tetap bertahan, kerana itulah yang terbaik bagi komuniti di situ.

    (Nota: Artikel ini ditulis oleh Sofwan Zulkepli dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

    Jangan lupa ikuti kami juga di

    Instagram : @lpi_my
    Twitter : @LPI_MY

    #LPIMY

    Baca Juga: Batshuayi Terus Kekal Hingga Hujung Musim!

    (Visited 293 times, 31 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Stadium Oh Stadium, Dimanakah Dikau ? 6 Pemain Bintang Yang Mendapat Gaji Lebih Rendah D… Arsene Wenger: Belum Tentu Aubameyang Ke Arsenal! ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.