Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Foto: Daily Star

Mon, 29, Jan, 2018, 12:59 PM | Oleh Adakah Pierre-Emerick Aubameyang Semakin Hampir Ke Arsenal?

  • Arsenal semakin hampir dalam proses akhir untuk memuktamadkan perjanjian dengan Borussia Dortmund untuk mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang selepas telah menerima permintaan Borussia Dortmund yang meminta £60 juta untuk Aubameyang.

    Kehadiran penyerang berusia 28 tahun ini bermakna Arsenal akan memberi ruang kepada Olivier Giroud untuk berpindah. Chelsea merupakan kelab yang berminat bagi mendapatkan Giroud sekiranya mereka memenuhi nilai £35 juta bagi mendapatkan penyerang Perancis yang berusia 31 tahun itu.

    Chelsea berbincang untuk mendapatkan Giroud pada hari minggu lalu. Ini adalah disebabkan bidaan untuk mendapatkan Edin Dzeki dan Emerson Palmierio dari AS Roma kerap menemui jalan buntu.

    Walaupun harga Arsenal agak mahal, kebaikan mendapatkan Giroud adalah kerana beliau boleh bermain untuk Liga Juara-Juara Eropah dan juga sudah pun menetap di London.

    Dortmund juga berminat untuk mendapatkan Olivier Giroud tetapi juga sedang memerhatikan Michy Batshuayi yang turut menarik perhatian Sevilla dan Roma. Batshuayi, yang menjaringkan 2 gol pada Ahad, akan dibenarkan meninggalkan Chelsea sekiranya The Blues membawa masuk penyerang baru.

    Sementara itu, Arsenal, enggan melepaskan pertahanan mereka, Rob Holding, walaupun secara pinjaman setelah mendapat tawaran daripada Burnley.

    (Nota: Artikel ini ditulis oleh Sofwan Zulkepli dari Liga Perdana Inggeris Malaysia).

    Jangan lupa ikuti kami juga di

    Instagram : @lpi_my
    Twitter : @LPI_MY

    #LPIMY

    Baca Juga: Paul Lambert Jadikan Kami Lebih Baik!

    Sumber: Daily Mail

    (Visited 152 times, 2 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Perpindahan Mengejut Buat Olivier Giroud, Tapi Ke … Arsene Wenger: Belum Tentu Aubameyang Ke Arsenal! Posisi Yang Sesuai Untuk Henrikh Mkhitaryan ? ‘Henrikh Mkhitaryan dan Jose Mourinho Bermas… ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.