- SuperMokh Cup 2017: Hari Ketiga
- SuperMokh Cup 2017: Hari Kedua
- Kedah Mampu Jadi Pencabar Kejuaraan
- SuperMokh Cup 2017: Hari Pertama
- Rumusan Perangsang Selangor Speakers Corner
- SuperMokh Cup Kembali!
- 6 Pemain Pertahanan Bawah 23 Tahun Yang Wajib Diberi Perhatian Pada Musim Hadapan
- Sabtu, Hujan, Traffic Jam, & Selangor Champions League
- Sesi Wawancara Eksklusif Bersama Azidan Sarudin
- PBNP Sahkan 8 Pemain Musim Ini Digugurkan
Sumber Gambar: Stadium MY
Thu, 30, Nov, 2017, 11:20 AM | Oleh Anak Tempatan Alex Menyertai Selangor Azamuddin AkilLiga SuperSelangor
Bekas pemain sayap pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim, Azamuddin Akil hari ini sah menyertai pasukan Selangor bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abd Rauf Ahmad. Azzamuddin Akil atau yang lebih mesra dipanggil Alex menjadi pemain kedua menyertai pasukan Selangor selepas seorang lagi bekas pemain Pahang, Joseph Kalang Tie menyertai mereka minggu lalu.
Alex dilepaskan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim pada minggu lalu bagi memberikan laluan kepada Jorge Pereyra Diaz kembali ke pangkuan pasukan. Selama dua musim beraksi bersama JDT, Alex memenangi dua kejuaraan Liga Super, satu Piala FA, satu Piala Malaysia dan satu Piala Sumbangsih. Jika P.Maniam mengekalkan formasi 3-4-3 seperti yang digunakan pada musim lalu, Selangor sudah mempunyai dua pemain sayap yang mampu untuk beraksi dengan baik dalam sistem tersebut.
Selain menandatangani dua pemain di atas, Selangor juga berjaya mengekalkan beberapa tonggak senior mereka antaranya Razman Roslan, Amri Yahyah, Khairul Azhan dan Norazlan Razali. Selain pemain senior, Selangor juga mempromosi enam pemain daripada skuad Piala Presiden yang berjaya memenangi kejohanan tersbeut musim ini. Bagi pemain import pula, hanya Rufino Segovia yang dikekalkan dan rundingan mengenai Evan Dimas masih lagi dijalankan.
(Visited 34 times, 1 visits today) ← Artikel Sebelum 3 Pemain Muda Perkuat Kedah Musim Hadapan Artikel Selepas → Apa Nasib Felda United ?
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
BERITA BERKAITAN
-
PKNP FC Buat Persediaan Rapi
-
Bruno Suzuki Menyertai Terengganu FC II
-
Masih Adakah Sinar Buat Rozaimi ?
-
Nicolas Velez menyertai Negeri Sembilan
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]>