- 6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Liga Super 2018! (Part1)
- 5 Pemain Bawah 22 Tahun Yang Layak Bermain Di Luar
- Kelab Luar Mahukan Khidmat Danial Amier ?
- Bagaimana E-Hailing Dan Operator Pengangkutan Awam Membantu Memeriahkan Liga Malaysia
- Pergilah Jika Ada Peluang!
- Then vs Now: 5 Pemain Bola Sepak Negara Semasa Muda
- Jambang Paling Menawan Dalam Liga Malaysia
- 5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini ?
- Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa!
Sun, 21, Jan, 2018, 7:00 PM | Oleh Mr.Football Bagaimana E-Hailing Dan Operator Pengangkutan Awam Membantu Memeriahkan Liga Malaysia Bola Sepak MalaysiaE-HailingLiga Malaysia
Di zaman yang serba moden ini, bermacam-macam usaha dilakukan untuk membuat mutu dan juga gaya kehidupan seseorang itu menjadi lebih mudah. Terdapat banyak langkah yang diambil untuk memudahkan sesuatu perkara. Di sini kami ingin membahas tentang perkara yang ada di zaman moden ini untuk digabungkan dengan bola sepak. Kami akan menerangkan kepada anda bagaimana e-hailing dan operator pengangkutan awam membantu memeriahkan Liga Malaysia.
Grab Dan Uber
Uber dan Grab merupakan medium pengangkutan yang popular di Malaysia ketika ini. Bagi sesiapa yang mahu menuju sesuatu destinasi tetapi tidak mahu menaiki pengangkutan awam yang mengambil masa agak lama, Uber dan Grab adalah pilihan utama. Khidmat Uber dan Grab juga boleh membantu memeriahkan Liga kita. Bagaimana ? Pihak kelab atau pasukan boleh bekerjasama dengan dua syarikat ini. Seperti contoh, pasukan Selangor membuat kerjasama khas dengan syarikat Uber. Bagi para peminat Selangor yang ingin menuju ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Selangor dan mereka menggunakan Uber, mereka akan menerima diskaun khas sebanyak 20 peratus daripada tambang yang harus dibayar. Peminat juga boleh berjimat tanpa harus mengeluarkan wang untuk mengisi minyak kenderaan mereka. Bagi para peminat yang bergerak secara berkumpulan untuk pergi ke stadium, Uber dan Grab adalah pilihan yang sesuai. Bayangkan anda dan rakan-rakan seramai 5 orang menaiki Uber dan hanya perlu membayar sebanyak RM10 saja. Jimat banyak kan!
Baca perbezaan Uber dan Grab di sini
Operator Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam adalah pilihan utama bagi majoriti rakyat Malaysia. Bagaimana pengangkutan awam boleh membantu memeriahkan Liga Malaysia ? Kmai berikan contoh kepada anda. Pasukan Kuala lumpur akan bermain di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bagi saingan musim 2018. Di sekitar stadium tersebut, terdapat stesen MRT Cheras. Pengurusan boleh bekerjasama dengan pihak MRT untuk memudahkan perjalanan peminat Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan KL. KLFA boleh meminta MRT untuk menyediakan bas bagi perjalanan dari stesen MRT menuju ke stadium. KLFA juga boleh meminta MRT untuk menutup operasi mereka sedikit lewat.
Haa demikianlah pendapat kami tentang bagaimana dua medium pengangkutan utama di Malaysia ini boleh membantu memeriahkan Liga Malaysia. Apa pandangan anda ? Anda mempunyai pendapat lain mengenai perkara yang kami bincangkan di atas ? Mari kongsikan bersama kami.
Baca Juga: 5 Pemain Bola Sepak Negara Semasa Muda
(Visited 60 times, 1 visits today)
Aksi Berkaitan
PBNP Sahkan 8 Pemain Musim Ini Digugurkan Rudie Ramli: Penyerang Yang Tidak Bernasib Baik? Mari Ketahui Rekod Piala Malaysia Penghijrahan Beramai-Ramai ← Artikel Sebelum Previu Liga Malaysia 2018: Kelantan Mampu Jadi Pesaing ? Artikel Selepas → N.Thanabalan: Mampukah Pencipta Sejarah Ini Menyinar ?
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
AKSI POPULAR
Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
Pemain ini menjadi senjata utama… (2,398 Visited)Piala AFC Terakhir Buat Johor Darul Ta’zim ?
Juara Liga Super 2017, Johor… (1,774 Visited)Buriram Dan Kelab Jepun Mahukan Akhyar Rashid ?
Kecemerlangan pemain bawah 22 tahun… (1,307 Visited)Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di…
Pada artikel sebelumnya, kami telah… (1,298 Visited)
Berita Berkaitan
-
‘Kurangkan Tempoh Jendela Perpindahan Januari!’ – Rafa Benitez
-
Mampukah JDT Mempertahankan Kejuaraan Liga Super ?
-
‘Henrikh Mkhitaryan dan Jose Mourinho Bermasalah’
-
6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Liga Super 2018! (Part1)
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]>