Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Wed, 31, Jan, 2018, 2:30 PM | Oleh Berdamailah Demi Pasukan Tercinta!

  • Kemelut di antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan kerajaan negeri Selangor sudah memasuki tahun kedua. Dalam tempoh dua tahun ini, ada saja isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Dari masalah stadium, kompleks sukan hinggalah padang latihan. Bukan itu saja. Kerajaan negeri Selangor bertindak menarik balik dana untuk FAS pada 2017 dan melarang Selangor untuk menggunakan Stadium Shah Alam untuk dijadikan sebagai markas utama pasukan Selangor. Kami hanya mampu untuk mengatakan satu perkara saja. Berdamailah demi pasukan tercinta!

    Permasalahan ini bermula apabila beberapa orang EXCO FAS bertindak keluar daripada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohammed Azmin Ali. “Walkout” ini dipercayai diketuai oleh presiden FAS saat ini, Datuk Seri Subahan Kamal. Datuk Seri Subahan mahukan Dato’ Seri Mohammed Azmin Ali menarik balik pemecatan Setiausaha Agung FAS dan Bendahari FAS. Namun tindakan itu tidak disenangi oleh Dato’ Pegawai Kewangan Negeri lantas mencadangkan kepada Dato’ Seri Azmin supaya menarik balik kemudahan terhadap FAS.

    Menurut Amirudin Shari, individu yang mewakili kerajaan negeri Selangor, beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa usaha untuk menjernihkan keadaan. Namun hal ini tidak dapat dijalankan kerana menurut beliau, gerombolan “walkout” yang diketuai oleh Datuk Seri Subahan tidak mahu menyelesaikan masalah. Amirudin turut menyatakan tindakan FAS yang tidak mahu melepaskan pemain bagi menyertai kejohanan Piala Sultan Selangor juga dianggap biadap.

    Dari pihak FAS pula, mereka cuba untuk menguhungi kerajaan negeri perihal penggunaan Stadium Shah Alam. Tetapi FAS tidak mendapat jawapan. FAS juga menerangkan tentang tindakan “walkout” tersebut adalah berpunca daripada ugutan Dato’ Seri Azmin yang tidak mahu memberi dana kepada FAS jika exco FAS mahu mengekalkan Setiausaha Agung dan Bendahari. Berkenaan pertandingan Piala Sultan Selangor, FAS juga menerangkan bahawa mereka tidak berdepan masalah untuk melepaskan pemain. Namun, FAS tidak menerima sebarang surat daripada Pengelola Kejohanan.

    Anda boleh lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Amirudin Shari di sin

    Manakala untuk kenyataan yang dikeluarkan oleh FAS pula di sini

    Sampai bila permusuhan diantara FAS dan kerajaan negeri ini akan berkekalan ? Dalam tidak sedar, perbalahan ini telah membuatkan penyokong dan juga pasukan menderita. Tak kesian dekat mereka ke ? Berdamailah. Ketepikan ego masing-masing. Fikirkan tentang kemajuan bola sepak Selangor. Buang segala agenda peribadi yang ada dalam fikiran masing-masing.

    Kedudukan dan kebajikan pasukan Selangor sebagai satu pasukan yang dianggap keramat buat penyokong-penyokong setia mereka patut didahulukan daripada mana-mana agenda peribadi di kedua-dua belah pihak. Penyokong setia ketagihkan kejuaraan, usahalah ke arah itu.

    Buat pemain-pemain Pasukan Selangor yang tercinta janganlah biar kemelut ini menggangu prestasi di padang nanti. Ingatlah lirik lagu Selangor:

    Merah kuning lambang kebanggaan
    Selangor merancang kejayaan
    Gemuruh sorakan menggegarkan
    Cabaran disambut dengan kesungguhan

    Kecemerlangan, kecemerlangan
    Kecemerlangan jadi kenyataan

    Merah kuning keberanian
    Menempuh segala halangan
    Sekali melangkah buktikan kemampuan

    Merah kuning keberanian
    Menempuh segala halangan
    Sekali melangkah buktikan kemampuan

    Selangor Darul Ehsan Selangor….Darul Ehsan.

    Semoga musim 2018 menjadi musim terbaik buat Pasukan Selangor. Itulah harapan dari seorang penyokong Selangor yang tercinta.

    ** Tulisan ini pendapat peribadi penulis sebagai peminat pasukan Selangor dan tidak semestinya mewakili pendapat InikanBola.

    Baca Juga: Punyai Stadium Sendiri Dalam Masa 5 Tahun. Mampu ke ?

    (Visited 133 times, 2 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Liga Super 2018: Selangor Raja Lembah Klang, Perak… Mampukah JDT Mempertahankan Kejuaraan Liga Super … JDT Vs Kedah: Pasukan Mana Yang Lebih Unggul ? Berikan Iflix Peluang! ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.