Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: AFC

Thu, 11, Jan, 2018, 7:00 PM | Oleh Beri Mereka Peluang!

  • Kekalahan pasukan bawah 22 tahun negara kita kepada Iraq semalam nyata mendapat respon yang pelbagai daripada peminat bola sepak Malaysia. Ada yang kecewa dengan kekalahan semalam, ada yang masih lagi berfikiran positif dengan mengatakan ini baru perlawanan pertama kumpulan. Ada juga yang mahu pemain negara diberi peluang bagi membuktikan kebolehan mereka. Di sini, kami berpendapat bahawa pemain negara harus diberi lebih lagi peluang untuk membuktikan yang mereka boleh menggalas cabaran.

    Pencapaian layak ke temasya kali ini boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang cemerlang oleh pemain bawah 22 tahun negara. Setelah sekian lama kita hanya berkecimpung di arena Sukan SEA, kita hanya mampu menjadi jaguh di arena bola sepak ASEAN, akhirnya pasukan bawah 22 tahun kita dapat mengecapi bermain di peringkat tertinggi dalam piramid bola sepak Asia. Dan yang paling membanggakan, kita layak secara merit. Bukan melalui “playoff”. Selain itu, pemain kita dapat bermain menentang barisan pemain terbaik dalam bola sepak Asia. Pendedahan seperti ini amat bermakna buat bola sepak Malaysia kerana barisan ini yang akan menjadi pemain utama negara pada masa akan datang.

    Berilah pemain bawah 22 tahun kita peluang. Ya kita kalah pada perlawanan pertama semalam. Kami juga kecewa sama seperti anda. Tetapi tidak semestinya kita harus berhenti menyokong mereka yang sedang berjuang di bumi China ketika ini. Kita tidak boleh menggunakan alasan tersebut untuk mengecam mereka.

    Itu adalah pendapat saya secara peribadi. Anda pula bagaimana ? Wajarkah skuad bawah 22 tahun negara diberi lebih peluang ?

    (Visited 83 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Gandingan Azam-Syamer Patut Dikekalkan Barisan Utama Negara Menentang Arab Saudi ? Malaysia Vs Arab Saudi: Danial Amier Hero Malaysia… Kekal Atau Tidak ? ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Berita Berkaitan

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.