Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: Sports.yahoo

Mon, 18, Dec, 2017, 11:58 AM | Oleh Cuaca Sejuk Jadi Cabaran

  • Skuad kebangsaan bawah 22 tahun negara memilih Korea Selatan sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan Piala Asia Bawah 23 tahun di China pada januari. Korea Selatan saat ini dengan dalam keadaan musim sejuk. Jadi itu menjadi cabaran tersendiri bagi para pemain skuad kebangsaan untuk menyesuaikan diri ketika latihan.

    Datuk Ong Kim Swee membawa seramai 26 pemain ke pusat latihan tersebut. Sesi latihan tersebut akan berakhir pada 30 Disember dan sepanjang tempoh latihan tersebut, pasukan negara akan menghadapi tiga perlawanan persahabatan menentang pasukan Mokpo City pada 20 Disember, Jeonju University pada 22 Disember dan Jeonju Citizen pada 28 Disember. OKS menggesa para pemainnya untuk memberikan fokus yang sepenuhnya sepanjang menjalani latihan pusat di sana. Beliau juga meminta untuk pemainnya segera menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di Mokpo. Beliau memberikan pemainnya tempoh tiga hari untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk.

    Pada pandangan kami, latihan pusat di Korea ini adalah satu langkah yang baik untuk mempersiapkan mental dan fizikal para pemain menjelang kejohanan Piala Asia Bawah 22 tahun di China bulan depan. Jika para pemain dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk, maka yang tinggal bagi mereka adalah menerapkan taktikal yang sudah dirancang oleh Datuk Ong Kim Swee.

    Pada kejohanan Piala Asia Bawah 22 tahun di China nanti, skuad negara telah diundi dalam Kumpulan C bersama pasukan dari Asia Barat iaitu Iraq, Jordan dan Arab Saudi.

    (Visited 17 times, 1 visits today) ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    BERITA BERKAITAN

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.