- 5 Pemain Bawah 22 Tahun Yang Layak Bermain Di Luar
- Kelab Luar Mahukan Khidmat Danial Amier ?
- Bagaimana E-Hailing Dan Operator Pengangkutan Awam Membantu Memeriahkan Liga Malaysia
- Pergilah Jika Ada Peluang!
- Then vs Now: 5 Pemain Bola Sepak Negara Semasa Muda
- Jambang Paling Menawan Dalam Liga Malaysia
- 5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini ?
- Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa!
- Khalid Jamlus: Gagal Ke Luar Tetapi Menjadi Raja Di Malaysia
Melaka United SA
Fri, 24, Nov, 2017, 9:00 PM | Oleh Anak Tempatan Fakri Sertai Melaka United Fakri SaaraniMelaka United
Bekas pemain Perak, Perlis, Atletico SC, Kelantan, Felda United dan Kedah, Mohd Fakri Saarani hari ini sah menyertai pasukan Melaka United bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Perkara ini disahkan oleh pihak Melaka United melalui laman sosial media rasmi Twitter mereka. Fakri menjadi pemain kesembilan yang menyertai pasukan tersebut.
Nama Fakri sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pemain yang diberi julukan “Lord Fakri” oleh pengguna lamam media sosial ini pernah bermain di Liga Portugal bersama pasukan Atletico SC pada 2012 sejurus membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA edisi 2011 di Indonesia. Karier Fakri juga sarat dengan kejuaraan. Fakri merupakan sebahagian daripada skuad Kelantan yang memenangi treble pada musim 2013. Di peringkat antarabangsa, Fakri mempunyai dua pingat Emas Sukan SEA. Akan tetapi, Fakri tidak bernasib baik apabila beliau cedera pada kejohanan Piala AFF Suzuki edisi 2010 dimana Malaysia muncul sebagai juara. Beliau digantikan oleh penyerang Terengganu pada masa itu, Ashari Shamsudin.
Besar kemungkinan Fakri akan bergandingan dengan R.Gopinathan dan S.Chanturu di bahagian serangan Melaka United musim hadapan. Selain itu, pasukan Melaka United juga sedang mencari penyerang import baharu kerana sasara utama mereka, Mohammed Ghaddar tidak berminat untuk menyertai mereka dan mahu kekal di JDT. Menurut pandangan kami, penyerang import sedia ada, Marko Simic wajib dikekalkan kerana beliau telah menjaringkan 15 gol buat Melaka United musim lalu sekaligus membantu Melaka mengekalkan status Liga Super mereka.
(Visited 38 times, 1 visits today)
Aksi Berkaitan
Chanturu Dan Gopi Menyertai Melaka United Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Malaysia Yang P… Melaka United: Skrip Sama Ataupun Sudah Berubah? ← Artikel Sebelum 5 Pemain Pertahanan Asean Yang Boleh Diberi Perhatian Oleh Pasukan Di Liga M Artikel Selepas → 4 Pemain Sah Sertai Terengganu
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
AKSI POPULAR
Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
Pemain ini menjadi senjata utama… (2,338 Visited)Piala AFC Terakhir Buat Johor Darul Ta’zim ?
Juara Liga Super 2017, Johor… (1,602 Visited)Buriram Dan Kelab Jepun Mahukan Akhyar Rashid ?
Kecemerlangan pemain bawah 22 tahun… (1,249 Visited)Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di…
Pada artikel sebelumnya, kami telah… (1,238 Visited)
Berita Berkaitan
-
Previu Liga Malaysia 2018: Berbaloikah Pengorbanan Pahang ?
-
Sekitar Majlis Pengenalan Pemain PDRM!
-
Perpindahan Mengejut Buat Olivier Giroud, Tapi Ke Mana?
-
‘Pep Nak Saya Main Macam Messi!’
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]>