Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: FourFourTwo

Wed, 20, Dec, 2017, 10:41 AM | Oleh Gandingan Azam-Syamer Patut Dikekalkan

  • Ketika ini skuad kebangsaan bawah 22 tahun negara sedang menjalani latihan pusat di Mokpo, Korea Selatan bag persediaan kejohanan Piala Asia bawah 22 tahun di China bulan hadapan. Seramai 26 pemain dibawa oleh ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee ke latihan pusat tersebut. Di sana, skuad negara akan menghadapi 3 perlawanan persahabatan menentang pasukan Mokpo City pada 20 Disember, Jeonju University pada 22 Disember dan Jeonju Citizen pada 28 Disember.

    Kita telah melihat kemampuan skuad bawah 22 tahun negara pada tahun 2017. Mereka berjaya layak ke Piala Asia bawah 22 tahun dan juga meraih pingat perak ketika Sukan SEA 2017 lalu. Dalam dua kejohanan ini, kita dapat melihat gandingan tengah negara yang dikemudi oleh Nor Azam Azih dan Syamer Kutty Abba. Melihat gandingan ini mengingatkan kami kepada gandingan Safiq Rahim dan juga Amar Rohidan ketika Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA 2009 dan memenangi Piala AFF Suzuki pada 2010.

    Kami berpendapat gandingan Azam dan Syamer patut dikekalkan. Kestabilan dan juga kawalan bola yang baik oleh kedua-dua pemain ini sangat diperlukan dalam barisan utama skuad kebangsaan. Selain itu, kami juga mengharapkan pemain tengah lain yang dibawa mampu untuk membuktikan bahawa mereka layak untuk berada di kesebelasan utama. Pemain tengah lain yang dibawa adalah Khairil Anuar Zamri, Danial Amier Norhisham, Nik Akif Syahiran dan K.Thivandaran.

    (Visited 88 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Siapa Bakal Ganti The Professor ? Trio Serangan Utama Skuad Bawah 22 Tahun ? Skuad Kebangsaan: Kembali Kepada Asas Adakah Keajaiban Yang Kita Perlukan ? ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.