- 5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini ?
- Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa!
- Khalid Jamlus: Gagal Ke Luar Tetapi Menjadi Raja Di Malaysia
- 5 Pemain Naturalisasi Yang Harus Diberi Peluang!
- Cepat Sesuaikan Diri!
- Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di Luar Negara (Part 2)
- 4 Formasi Yang Bakal Digunakan P.Maniam?
- 5 Destinasi Pilihan Bagi Mohammed Ghaddar.
- 5 Pemain Calon Kapten Skuad Kebangsaan
Sumber gambar: Satay Panas
Fri, 29, Dec, 2017, 5:00 PM | Oleh Mr.Football Gandingan “Emas” Negara, Apa Dah Jadi? Liga SuperNorshahrul Idlan TalahaSafee Sali
Bola sepak Malaysia pernah menghasilkan beberapa nama teragung yang pernah disaksikan oleh peminat bola sepak Malaysia. Dari zaman 80an dimana nama-nama besar beraksi ketika itu antaranya Mokhtar Dahari, James Wong dan Datuk Santokh Singh hinggalah zaman moden ini. Kami pasti anda mempunyai idola tersendiri. Dalam penuisan kali ini, kami mahu membahas tentang dua pemain yang pernah dilabel sebagai Gandingan “Emas” negara pada satu ketika. Dua pemain tersebut ialah Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.
Anda pasti ingat bagaimana gandingan ini menjadi raja di Asia Tenggara sekitar tahun 2010 hingga 2012. Ketika Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010, Safee dan Matyo menjadi watak utama sekaligus penggempur utama pasukan. Matyo bertindak sebagai pembantu kepada Safee dimana beliau menjadi penjaring terbanyak temasya dengan 5 gol. Sejurus selepas itu, kedua-dua pemain ini menerima tawaran lumayan daripada beberapa kelab ternama Asia.
Safee memilih untuk berkelana ke Liga Indonesia dengan menyertai Pelita Jaya Karawang. Manakala Matyo memutuskan untuk kekal bersama pasukan Kelantan. Safee terus menjadi bintang di Indonesia. Pada musim pertama, Safee menjaringkan 7 gol pada musim pertama. Musim kedua, Safee mendapat durian runtuh di sana. Beliau diangkat sebagai kapten pasukan dan menerima gaji sebanyak RM127,000 sebulan. Setelah dua musim bersama Pelita Jaya, Safee menyertai Arema FC.
Matyo pula menikmati musim yang cemerlang bersama Kelantan. Dalam dua musim beraksi bersama Kelatan, Matyo berjaya membantu Kelantan memenangi “treble” pada musim 2012.
Namun, prestasi kedua-dua pemain ini menurun pada 2013. Safee dan Matyo menyertai revolusi JDT ketika itu. Matyo dikatakan bernilan RM1 Juta ketika JDT menandatangani beliau. Akan tetapi, sengat mereka nyata sudah pudar. Safee yang dulu dikenal sebagai penyerang yang tajam di hadapan gol, kini sudah tidak sama lagi. Begitu juga dengan Matyo. Persoalan kami, mengapa jadi begini ?
Pada pandangan kami, Safee dan Matyo gagal untuk mengekalkan prestasi mereka ialah kerana pasukan lebih cenderung untuk memilih pemain import sebagai penggempur utama. Kedua-dua pemain ini sering memanaskan bangku simpanan. Mereka dijadikan sebagai pilihan kedua dibelakang pemain import.
Selain itu, mentaliti kedua-dua pemain juga memainkan peranan. Sebagai pemain bola sepak profesional, jika kita tahu kita bukan pilihan utama dalam pasukan, langkah terbaik ialah berhijrah keluar dari pasukan tersebut. Kami berpedapat kedua-dua pemain ini terlalu selesa. Apabila kita terlalu selesa dan tiada cabaran, susah untuk kita menaikkan mutu dan kualiti yang kita ada.
Ketika ini, kedua-dua pemain ini masih lagi bermain di pentas Liga Super. Safee menjadi ketua pasukan PKNS FC. Matyo pula menyertai pasukan Pahang setelah mewakili Felda United musim lalu. Biarpun begitu, aksi mereka sudah tidak selincah dulu.
Pada pandangan anda, apa faktor yang menyebabkan prestasi kedua-dua pemain ini tidak sehebat dulu ?
(Visited 845 times, 1 visits today)
Aksi Berkaitan
Mampukah Mereka Bersaing ? Gandingan Bruno-Naga Mampu Julang Red Warriors ? Karnival Akademi Pro Harimau Remaja Perjuangan Akhir Liga Super ← Artikel Sebelum Akhyar Rashid: Berikan Anak Muda Ini Peluang! Artikel Selepas → Nor Azam Azih Layak Bermain Di Luar Negara?
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
AKSI POPULAR
main-index
(2,014 Visited)Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
Pemain ini menjadi senjata utama… (1,983 Visited)Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di…
Pada artikel sebelumnya, kami telah… (916 Visited)Gandingan “Emas” Negara, Apa Dah Jadi?
Bola sepak Malaysia pernah menghasilkan… (845 Visited)
Berita Berkaitan
-
Previu PL Matchweek 24: Southampton vs Tottenham
-
Malaysia Vs Korea Selatan: Tersingkir Tetapi Membanggakan!
-
Previu PL Matchweek 24: Swansea vs Liverpool
-
Ambil Inspirasi Perlawanan Persahabatan 2010!
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]>