Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

Tue, 2, Jan, 2018, 7:00 PM | Oleh Hadi Fayyadh: Berikan Anak Muda Ini Peluang!

  • Nama Hadi Fayyadh mula menjadi bualan dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia apabila beliau beraksi cemerlang ketika kempen kelayakkan Piala Asia bawah 19 tahun di Korea Selatan bulan lalu. Pemain berusia 17 tahun ini menjaringkan 3 gol sepanjang kempen kelayakkan tersebut.

    Musim 2017 lalu, beliau mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim II di saingan Liga Perdana. Hadi menjadi satu-satunya pemain yang lahir di era 2000 yang berjaya menjaringkan gol dalam Liga Malaysia. Jika Perancis ada Mbappe, kita ada Hadi Fayyadh lah!

    Hadi pernah dipromosikan ke dalam skuad utama Johor Darul Ta’zim pada permulaan musim 2017. Penyerang Import yang dibawa masuk ketika itu, Jeronimo Barrales nyata mengecewakan. Barrales diturunkan ke JDT II dan Hadi dimasukkan ke skuad utama JDT. Walaupun hal itu hanya sekejap, namun Hadi dapat menimba ilmu dan pengalaman dengan berlatih bersama pemain senior antaranya Safiq Rahim, Hazwan Bakri dan Aidil Zafuan.

    Berkat kecemerlangan Hadi ketika kempen kelayakkan Piala Asia bawah 19 tahun, Datuk Ong Kim Swee memanggil beliau untuk menyertai latihan pusat skuad bawah 22 tahun negara di Mokpo, Korea Selatan.

    Kami berharap JDT II memberikan lebih lagi peluang kepada beliau. Kami yakin bahawa jika Hadi diberikan peluang yang secukupnya, beliau akan menyinar. Apa pendapat anda mengenai Hadi ni ? Mari kongsikan bersama kami.

    (Visited 181 times, 12 visits today) ← Artikel Sebelum

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    BERITA BERKAITAN

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.