Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sat, 3, Feb, 2018, 3:49 PM | Oleh Javi vs Antonio, Pertarungan Merebut Tiga Mata!

  • Previu PL Matchweek 26: Watford vs Chelsea

    Watford akan melayan kunjungan Chelsea di Vicarage Road, jam 4.00 pagi Selasa, waktu tempatan. Perlawanan pusingan pertama antara mereka berkeputusan 4 – 2 dengan penjaring bagi Chelsea adalah Batshuayi (2 gol), Azpilicueta dan Pedro. Manakala penjaring bagi Watford pula adalah Doucouré dan Pereyra.

    Watford FC
    Mengumpul 27 mata dari 25 mata setakat ini, di mana mereka hanya memperoleh 6 mata saja dari 11 perlawanan sejak Disember 2017.

    Watford memulakan kempen 2017/2018 dengan agak baik, apabila berjaya mengikat Liverpool 3 – 3 dalam perlawanan pertama musim ini. Kemudian mereka mengalahkan Arsenal pula, dengan jaringan 2 – 1.

    Kemudian segala-galanya bagai tidak menjadi buat The Hornets, dan kemuncak pada kemelut mereka adalah apabila pengurus mereka, Marco Silva dipecat, 21 Januari 2018.

    Richarlison tidak menjaringkan sebarang gol dan hanya mencatat satu bantuan gol dalam 12 perlawanan terakhir mereka. Jurulatih baru mereka, Javi Gracia sangat inginkan 3 mata untuk membuktikan kebolehannya, apatah lagi 2 perlawanannya sebelum ini berakhir dengan satu kalah dan satu seri.

    Rekod 5 Perlawanan Terakhir
    Rekod LPI : LLDLD
    Rekod keseluruhan : WDLLD

    Berita Pasukan
    Watford akan bermain tanpa penjaga gol utama mereka, Heurelho Gomes yang masih belum pulih dari kesakitan belakang. Didier Ndong dilaporkan sudah pulih. Younes Kaboul (kaki), Britos (buku lali), Kiko Femenia, Will Hughes (hamstring), Isaac Success, Craig Cathcart, Chalobah (lutut), masih belum pulih.

    CHELSEA FC
    Chelsea mengumpul 50 mata dalam 25 perlawanan, kurang 10 mata dari musim lepas ketika mereka memenangi Piala Liga Perdana. Perlawanan lalu menentang Bournemouth mereka tewas mengejut 0 – 3. Ia amat memeritkan untuk ditelan, lebih-lebih lagi dihadapan penyokong sendiri.

    Antonio Conte tertekan dengan keadaan ini. Dengan kemelut perpindahan musim panas yang agak lembab dan agak kontroversi, beliau terdesak untuk mendapatkan 3 mata. Lebih-lebih lagi apabila dipintas oleh Liverpool yang dapat mencuri 3 mata pada Perlawanan 25.

    Pembelian baru mereka, Olivier Giroud hanya sekali beraksi dalam kesebelasan utama musim ini (ketika bersama Arsenal). 7 dari 9 golnya adalah ketika menjadi pemain gantian. Namun, Giroud mencatat sebagai pemain yang paling banyak menghasilkan gol melalui tandukan iaitu sebanyak 27 gol. Manakala Chelsea pula ialah pasukan yang paling banyak menghasilkan gol melalui tandukan untuk musim ini.

    Rekod 5 Perlawanan Terakhir
    Rekod LPI : WDDWL
    Rekod keseluruhan : WWLWL

    Berita Pasukan
    Olivier Giroud dan Emerson mungkin tidak tersenarai dalam kesebelasan utama, kerana mereka masih perlu menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang baru. Andreas Christensen, Willian (hamstring), Alvaro Morata (sakit belakang), tidak tersenarai. David Luiz (bukulali) sudah memulakan latihan.

    Fakta Pertembungan
    Watford tidak menang ke atas Chelsea dalam 13 pertembungan terakhir dalam semua pertandingan liga. Kali terakhir mereka menang ke atas Chelsea adalah pada tahun 1999, 1 – 0.

    Ini pertembungan pertama tahun ini bagi mereka, selepas kali terakhir bertemu di pusingan pertama di Stamford Bridge. Ini juga adalah pertembungan pertama Javi Gracia dan Antonio Conte sebagai pengurus pasukan.

    Rekod ‘Head To Head’
    Chelsea : 12
    Watford : 8
    Seri : 5

    Previu Oleh : Nby

    Ikuti kami juga di:
    Facebook : Liga Perdana Inggeris Malaysia
    Instagram : @lpi_my
    Twitter: @LPI_MY

    #LPIMY

    (Visited 34 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    “Saya Terima Jika Saya Dipecat Seperti Pengu… Bukan salah Conte: Cahill Lembaga Pengarah Chelsea Mengecewakan Antonio Cont… Perpindahan PL Yang Mungkin Berlaku Menjelang R… ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.