Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: Asiana.my

Sat, 9, Dec, 2017, 10:45 AM | Oleh Kita Perlu Bersabar

  • Tan Cheng Hoe rasmi menggantikan Nelo Vingada sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baru. Nelo Vingada meletak jawatan selepas 6 bulan memegang jawatan ketua jurulatih. Nelo berkata alasan beliau meletak jawatan ialah beliau gagal untuk menaikkan mutu skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa.

    Dengan jawatan ketua jurulatih diisi oleh Tan Cheng Hoe, para peminat bola sepak haruslah memberi beliau sokongan yang sepenuhnya bagi mengemudi skuad kebangsaan. Dengan keadaan semasa skuad kebangsaan yang tidak begitu baik, Tan Cheng Hoe perlukan masa untuk membina semula prestasi dan juga mutu skuad kebangsaan. Kejayaan tidak boleh diperolehi dalam satu malam. Kota Rome tidak dibina dalam masa satu hari. Kita harus bersabar.

    Mari kita lihat sejenak bagaimana Tan Cheng Hoe memulakan karier beliau bersama pasukan Kedah. Ketika permulaan beliau membimbing pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe dikritik oleh beberapa peminat Kedah. Mereka merasakan Tan Cheng Hoe bukan jurulatih yang sesuai untuk memhimbing Kedah. Namun akhirnya, beliau berjaya menerapkan DNA beliau terhadap pasukan Kedah dan membawa Kedah memenangi kejuaraan Liga Perdana dan Piala Malaysia. Beliau memerlukan masa dua tahun untuk memberi kejayaan kepada pasukan.

    Ya saya pun sama seperti anda. Saya mahu skuad kebangsaan Malaysia berada diantara pasukan terbaik di Asia. Pasukan kebangsaan kita bermain di Piala Asia ataupun Piala Dunia. Tetapi dengan keadaan sekarang, kita harus bersatu padu dan memberi Tan Cheng Hoe masa dan sokongan. Sir Alex Ferguson juga memakan masa untuk membuat Manchester United menjadi gergasi bola sepak. Arsene Wenger juga sama. Tetapi jika kita mahu “instant success” untuk skuad kebangsaan, Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger pun boleh pengsan mendengarnya.

    Beri beliau masa dan kuasa untuk memilih senarai pemain yang beliau mahu. Nescaya kejayaan akan menanti. Dan saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada coach TCH.

    (Visited 14 times, 1 visits today) ← Artikel Sebelum

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    BERITA BERKAITAN

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.