Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sumber Gambar: FourFourTwo

Fri, 26, Jan, 2018, 12:00 PM | Oleh Liga Mana Yang Sesuai Untuk Danial Amier ?

  • Baru-baru ini, pemain bawah 22 tahun negara menjadi bualan bola sepak Malaysia apabila beberapa kelab luar negara mahu mengambil khidmat mereka. Nama seperti Safawi Rasid, Akhyar Rahsid dan Danial Amier menjadi antara pemain yang dikhabarkan menarik minat kelab luar. Rakan sepasukan mereka, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan sudahpun sah menyertai kelab Liga Portugal, Vilaverdense FC. Di sini, kami nak berikan kepada anda 5 liga luar negara yang sesuai untuk Danial Amier.

    1. Liga Arab Saudi
    Danial Amier tampil cemerlang ketika Malaysia menewaskan Arab Saudi dalam perlawanan terakhir kumpulan temasya Piala Asia B22 tempoh hari. Gol tunggal Danial menghantar Malaysia ke saingan suku akhir. Kami percaya “scout” setiap pasukan Liga Arab Saudi ada yang memerhati ketika perlawanan tersebut. Kami juga yakin gaya permainan Danial mampu untuk dimanaatkan oleh kelab di sana.

    Kelab yang sesuai: Al-Faisaly, Al-Taawoun, Al-Fateh

    2. Liga Thailand
    Liga Thailand menjadi liga yang didambakan oleh pemain bola sepak Asia Tenggara. Siapa yang tak nak bermain di Liga Thailand ni. Dalam tempoh 5 tahun terakhir, kita belum lagi melihat pemain Malaysia yang bermain di sana. Jadi, jika Danial bermain di sana, ia akan menjadi satu sejarah buat bola sepak Malaysia khususnya.

    Kelab yang sesuai: Muanthong United, Suphanburi FC, Chonburi FC

    3. Liga Korea Selatan
    Liga Korea juga tidak kalah prestijnya. Kita sudah melihat beberapa kelab dari Korea seperti Jeonbuk Hyundai Motors dan Ulsan Hyundai yang pernah memenangi kejuaraam Liga Juara-Juara Asia. Jadi kika Danial beraksi di sini, anda boleh bayangkan pengalaman yang didapat serta peningkatan dari segi permainan.

    Kelab yang sesuai: Gyeongnam FC, Jeongnam Dragons, Incheon United

    4. Liga Jepun
    Liga Jepun pula adalah satu liga yang paling kompetitf di rantau Asia. Pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski saat ini bermain di liga ini bersama Vissel Kobe. Beberapa pemain Thailand juga bermain di Liga Jepun antaranya Chanatip Songkrasin, Teeraton Bunmathan dan Teerasil Dangda. Jika Danial berjaya bermain di sini, maka ada sesuatu yang boleh kita banggakan.

    Kelab yang sesuai: Vissel Kobe, Shonan Bellmare, V-Varen Nagasaki

    5. Liga Australia
    Liga Australia juga diiktraf antara liga yang paling kompetitif di Asia. Kita juga melihat beberapa kelab Australia menjadi pencabar dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia. Danial Amier dilihat sesuai untuk bermain di Liga ini.

    Kelab yang sesuai: Perth Glory, Brisbane Roar, Wellington Phoenix

    Haa itulah 5 liga luar negara yang menurut kami sesuai untuk Danial Amier menimba ilmu serta meningkatkan gaya permainan beliau. Nasihat kami kepada Danial jika ada tawaran yang datang, jangan fikir panjang Boy, terima je! Bila lagi kita nak melihat pemain Malaysia bermain di luar negara.

    Apa pandangan anda ? Antara liga di atas, liga mana yang sesuai untuk Danial Amier ?

    Baca Juga: Liga Mana Yang Sesuai Untuk Safawi Rasid

    Berita lebih lanjut mengenai Danial Amier Norhisham di sini

    (Visited 290 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Felda Wajib Jadi Juara! Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia: Kedah vs Felda Felda United Calon Juara ? 10 Detik Paling Diingati dalam Bola Sepak Malaysia… ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.