- 6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Liga Super 2018! (Part1)
- 5 Pemain Bawah 22 Tahun Yang Layak Bermain Di Luar
- Kelab Luar Mahukan Khidmat Danial Amier ?
- Bagaimana E-Hailing Dan Operator Pengangkutan Awam Membantu Memeriahkan Liga Malaysia
- Pergilah Jika Ada Peluang!
- Then vs Now: 5 Pemain Bola Sepak Negara Semasa Muda
- Jambang Paling Menawan Dalam Liga Malaysia
- 5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini ?
- Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa!
Sat, 3, Feb, 2018, 11:28 PM | Oleh Mr.Football Liga Super 2018: JDT Juara, Iflix Gundah Gulana! Liga MalaysiaLiga Super 2018
Liga Super musim 2018 dengan rasminya bermula pada hari ini dengan empat perlawanan dilangsungkan. Semua sedia maklum pada petang tadi pendatang baru Liga Super, PKNP FC menewaskan pasukan Negeri Sembilan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Keo Shokpeng pada separuh masa pertama. Shokpeng menjadi pemain Kemboja pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam sejarah Liga Super.
Namun, perhatian peminat bola sepak Malaysia lebih tertumpu pada perlawanan sebentar tadi. JDT berjaya menewaskan Kedah dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Luciano Figueroa dan Marcos Antonio. Dengan kemenangan ini, JDT berjaya merampas semula Piala Sumbangsih daripada dakapan Kedah. Gol tunggal Kedah pula dijaringkan oleh Pablo Pallares.
Selain JDT yang mengutip kemenangan malam ini, pasukan Melaka United juga berjaya memulakan kempen musim 2018 ini dengan bergaya apabila menewaskan Kelantan dengan keputusan 2-1. Bruno Lopes membuka tirai jaringan namun gol daripada Yahor Zubovich dan Jeon Woo-young memastikan Melaka memenangi perlawanan sebentar tadi. Satu lagi perlawanan diantara Terengganu FC I menentang PKNS FC berakhir dengan keputusan seri 2-2. Qayyum Marjoni Sabil dan Rafael Ramzotti masing-masing menjaringkan 1 gol buat PKNS FC manakala Kipre Tchetche menjaringkan dua gol sebentar tadi.
Pemain terbaik pilihan Inikam Bola:
Shahdan Sulaiman
Sumber Gambar: FourFourTwo
Shahdan beraksi dengan baik di bahagian tengah pasukan Melaka United. Gandingan beliau bersama Jeon Woo-young memastikan pemain Kelantan tidak dapat menembusi kubu Melaka United. Kami juga tertarik dengan ketenangan beliau.
Le’Vere Corbing-Ong
Sumber Gambar: Goal.com
Marcelo Malaysia! Itu saja yang dapat kami katakan. Larian pantas serta teknik lontaran beliau yang mirip dengan Rory Delap ini nyata menjadi pemain penting buat JDT dan memastikan JDT juara. Peminat pastinya ternanti-nanti aksi seterusnya daripada beliau.
Namun, kerancakkan Liga Super malam ini diganggu dengan kegagalan penyiar rasmi Liga Malaysia, Iflix untuk menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada penonton. Siaran kerap terganggu dan penonton mengalami kesusahan untuk masuk semula ke aplikasi Iflix. Kami akan kupas mengenai masalah ini pada artikel selanjutnya.
Apa pendapat anda mengenai perlawanan pembukaan hari ini ? Puas hati ? Terkejut ? Atau masih lagi tak mampu nak terima kenyataan ? Haa jangan lupa esok masih ada lagi baki dua perlawanan yang melibatkan dua pasukan Lembah Klang iaitu Selangor yang akan menentang Kuala Lumpur dan pasukan Pahang akan menentang pasukan Perak! Jangan lepaskan guys!
Baca Juga: Iflix Penyiar Rasmi Liga Malaysia!
(Visited 84 times, 1 visits today)
Aksi Berkaitan
6 Pemain Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Liga Su… Previu Liga Malaysia 2018: Pasukan Kedah Antara Pe… JDT Vs Kedah: Pasukan Mana Yang Lebih Unggul ? Kelab Korea Selatan Yang Sesuai Untuk Safawi ? ← Artikel Sebelum Melaka Utd vs Kelantan: “Muka Baru” Mana Yang Lebih Hebat ? Artikel Selepas → Review Piala Sumbangsih: JDT Dominan, Kedah Negatif
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
AKSI POPULAR
Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
Pemain ini menjadi senjata utama… (2,515 Visited)Piala AFC Terakhir Buat Johor Darul Ta’zim ?
Juara Liga Super 2017, Johor… (1,944 Visited)Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di…
Pada artikel sebelumnya, kami telah… (1,432 Visited)Buriram Dan Kelab Jepun Mahukan Akhyar Rashid ?
Kecemerlangan pemain bawah 22 tahun… (1,377 Visited)
Aksi Terkini
-
Liga Super 2018: Negeri Sembilan Atau Kuala Lumpur ?
-
Bukan salah Conte: Cahill
-
Liga Super 2018: Kedah Dan Perak Mahukan 3 Mata!
-
Liga Perdana 2018: Sabah Kecewa, Felda United Berpesta Gol
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>