Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sun, 4, Feb, 2018, 9:00 AM | Oleh Liga Super & Liga Premier: Sejarah Penubuhan (Part3)

  • Arikel kali ini ialah sambungan kepada sejarah Liga Super dan Liga Premier Bahagian 2. Kali ini, kami akan membawakan kepada anda bahagian terakhir daripada penulisan sebelumnya. Selamat Membaca guys!

    MUSIM 2013 (KEBANGKITAN JOHOR DARUL TAKZIM)

    Musim ini menandakan kelahiran Johor Darul Takzim yang menggantikan pasukan dari Johor JDT sebagai kelab asal Johor FC akan berada di Liga Super, sementara pasukan-pasukan di Liga Premier akan diserap menjadi JDT II. Untuk kali pertama, jumlah pasukan di Liga Super dan Liga Premier disekatakan menjadi 12 pasukan. Maksimum pemain import yang boleh dimiliki oleh pasukan Liga Super dan Liga Premier adalah 3 orang – bertambah daripada 2 orang musim lepas.

    Selaku juara Liga Super, Lions XII mendapat kuota ke Piala AFC 2014. Namun disebabkan status Lions XII, maka kuota Piala AFC diberikan kepada Selangor selaku naib juara liga. Kuala Lumpur merupakan pasukan negeri keempat tersingkir ke Liga FAM dan menggantikan tempat Pulau Pinang yang layak ke Liga Premier 2014 selaku juara liga. Selain Kuala Lumpur, pasukan NS Betaria juga tersingkir ke Liga FAM namun menarik diri pada permulaan musim 2014. Daripada Liga FAM, Persatuan Bekalan Air Pulau Pinang FC berjaya melangkah ke Liga Premier 2014 sebagai naib juara di belakang Pulau Pinang.

    Bagi Liga Super pula, Felda United dan Negeri Sembilan diturunkan ke Liga Premier 2014 – 2 tahun selepas Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011. Pasukan-pasukan tersebut digantikan dengan Sarawak selaku juara Liga Premier 2013 dengan rekod tanpa kalah di liga, bersama dengan Sime Darby – debut musim pertama bagi pasukan berstatus kelab tersebut di Liga Super.

    MUSIM 2014 (DOMINASI JDT)

    Musim 2014 bagi penyokong JDT diingati sebagai kebangkitan pasukan berstatus kelab tersebut, apabila berjaya menjuarai Liga Super untuk kali pertama. Pada musim ini, pemain import ditambahkan kepada 4 orang, namun maksimum 3 orang pemain import berada di kesebelasan pada satu masa. Pemain import ini termasuklah seorang pemain Asia.

    Atas sebab tajaan, maka Pos Malaysia bertukar nama menjadi DRB-Hicom. Perlis tersingkir ke Liga FAM, mengikuti langkah Kelantan, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sebagai pasukan negeri yang bermain di Liga/Piala FAM. Selain Perlis, Persatuan Bekalan Air Pulau Pinang FC juga tersingkir selaku pasukan di tangga tercorot liga. Kedua-dua pasukan ini digantikan dengan Kuantan FA (juara) dan Kuala Lumpur (naib juara) daripada Liga FAM 2014. PDRM selaku juara Liga Premier bersama dengan Felda United (naib juara) akan menggantikan T-Team dan PKNS di Liga Super 2015.

    MUSIM 2015 (MUSIM TERAKHIR LIONS XII)

    Musim ini merupakan musim terakhir Lions XII di kancah Liga Malaysia, ditandai dengan kemenangan Piala FA oleh mereka. Namun atas sebab Lions XII pasukan jemputan, maka mereka dinafikan kuota Piala AFC 2016 dan kuota tersebut diberikan kepada Selangor selaku naib juara Liga Super. Musim ini juga menyaksikan mata Pahang ditolak kepada 6 mata selepas kes gaji bekas pemain import musim 2013, Mohamed Borji belum diselesaikan.

    Musim ini masih mengekalkan kuota 4 pemain import dengan seorang pemain hendaklah dari Asia, namun tiada had berapa ramai pemain import dimainkan dalam satu masa. Memandangkan Lions XII menarik diri pada musim hadapan, maka satu kuota akan diperebutkan oleh ATM selaku pasukan di tangga kedua terakhir Liga Super dengan T-Team selaku pasukan di tangga ketiga Liga Premier. Perlawanan tersebut dimenangi oleh T-Team.

    Pasukan Negeri Sembilan berganti nama menjadi NS Matrix atas sebab penajaan, namun hanya bertukar selama semusim sahaja. Hanya satu pasukan sahaja yang disingkir dari Liga Super dan Liga Premier, iaitu Sime Darby dan SPA FC, disebabkan penarikan diri pasukan Lions XII dan SPA FC. Juara Piala FAM musim tersebut, Melaka United yang melalui proses penswastaan pada tahun 2014 bersama-sama dengan Perlis selaku naib juara layak ke Liga Premier 2016.

    Musim ini juga dimeriahkan dengan kemenangan JDT sebagai kelab pertama dari Asia bahagian timur menjuarai Piala AFC selepas menumpaskan Istiklol FC. Oleh itu, JDT merupakan pasukan kedua selepas Selangor yang meraih double dengan memenangi Liga Super dan Piala AFC.

    MUSIM 2016 (HATRIK LIGA SUPER JDT)

    Sekiranya musim lepas merupakan musim kehebatan JDT sebagai kuasa baru Asia, maka musim ini mengukuhkan kuasa bolasepak JDT di kancah negara apabila merekodkan hatrik Liga Super, sekaligus menjadikan JDT kelab paling banyak memenangi Liga Super. Paling indah, apabila JDT merekodkan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan liga. Pada musim ini, pasukan Pahang diberikan 3 mata percuma dan Kedah ditolak 3 mata kerana Kedah menurunkan pemain yang sedang digantung perlawanan semasa pertembungan Liga Super pada 3 Ogos 2016.

    PDRM dan Terengganu tersingkir daripada Liga Super 2016 dan digantikan oleh Melaka United dan PKNS sebagai juara dan naib juara Liga Premier 2016. Untuk penyingkiran Liga Premier 2016, hanya pasukan Sime Darby sahaja yang diturunkan ke Piala FAM 2017 apabila satu lagi pasukan, DRB-Hicom menarik diri untuk bersaing di Liga Kuala Lumpur.

    Penyingkiran Sime Darby ini merupakan satu penyingkiran berturut-turut apabila semusim sebelumnya, Sime Darby juga tersingkir dari Liga Super 2015. Sebagai ganti kedua-dua pasukan tersebut, MISC-MIFA selaku juara Piala FAM 2016 dan PKNP FC selaku naib juara dinaikkan ke Liga Premier 2017. Ini bakal menjadi musim sulung bagi kedua-dua pasukan untuk bersaing di kancah Liga Premier, terutama bagi PKNP FC yang baru ditubuhkan pada tahun tersebut. JDT dinobatkan sebagai double pada musim kedua berturut-turut apabila turut menjuarai Piala FA 2016 dengan mengalahkan PKNS.

    MUSIM 2017 (PIALA BARU LIGA SUPER UNTUK JDT)

    Pada musim ini juga, Tunku Ismail Ibrahim atau TMJ dilantik sebagai Presiden FAM yang baru bagi menggantikan Sultan Ahmad Shah. Pelantikan baginda ini juga menggantikan piala Liga Super yang baru, dan secara tidak langsung pasukan JDT merasmikan piala baru tersebut apabila menjulang piala tersebut. Musim ini juga merupakan double bagi pasukan JDT apabila turut menjuarai Piala Malaysia 2017 selepas mengalahkan juara bertahan, Kedah. Ini menjadikan JDT pasukan pertama meraih double sebanyak tiga musim berturut-turut.

    Pada musim ini, pasukan T-Team dan Kelantan telah ditolak sebanyak 6 mata disebabkan gagal mengemukakan pendaftaran untuk musim ini, namun ianya dikurangkan kepada 3 mata bagi kedua-dua pasukan. Musim ini juga merupakan bermulanya pendaftaran lesen kelab untuk Liga Super dan AFC. Oleh sebab itu, hanya empat kelab sahaja yang memperoleh lesen AFC, iaitu JDT, Pahang, PKNS dan Selangor. Secara tidak langsung, hanya keempat-empat kelab ini dibenarkan untuk mewakili negara untuk kejohanan peringkat Asia. Kedah yang memenangi Piala FA pada musim ini tidak dapat mewakili negara ke Piala AFC, menyebabkan kuota tersebut diberikan kepada Pahang selaku tempat kedua liga. Namun Pahang menolak ikut serta daripada kejohanan tersebut, mengakibatkan penyertaan Pahang dibatalkan selama 2 musim akan datang di kejohanan peringkat Asia.

    Selain lesen kelab AFC, lesen FAM untuk Liga Super juga diperketat bagi peserta Liga Super, menyebabkan Felda United yang menghantar lambat permohonan lesen tersebut dibatalkan penyertaannya untuk musim akan datang, dan secara tidak langsung Felda United diturunkan ke Liga Premier 2018. Pada 21 November 2017, pengurusan T-Team telah mengumumkan kelab itu telah diserap ke Terengganu FC, dan status pasukan itu ditukar kepada pasukan simpanan kepada Terengganu FC yang disusun semula. Sebagai sebahagian daripada perubahan, T-Team menukar namanya kepada Terengganu II, dan diturunkan ke Liga Perdana Malaysia 2018, walaupun menamatkan musim di luar zon penyingkiran Liga Super Malaysia 2017.

    Selaku juara dan naib juara, Kuala Lumpur serta Terengganu berjaya layak ke Liga Super 2018. Oleh sebab pembatalan penyertaan Liga Super bagi Felda United, pasukan di tangga ketiga, PKNP layak secara automatik ke Liga Super. Ini merupakan satu rekod yang baru bagi sesebuah pasukan yang baru ditubuhkan pada tahun 2016, apabila meraih kenaikan liga 2 musim berturut-turut. Memandangkan status T-Team yang diubah menjadi pasukan kedua Terengganu, maka pasukan di tangga keempat Liga Premier, JDT II tidak dibenarkan untuk naik ke Liga Super disebabkan status pasukan feeder JDT. Oleh itu, Negeri Sembilan yang merupakan pasukan di tempat kelima berjaya layak ke Liga Super 2018 bagi menggantikan T-Team. Negeri Sembilan juga merupakan satu-satunya pasukan dari Liga Premier 2017 yang layak ke Liga Super 2018 dan lulus lesen kelab AFC.

    ATM dan Perlis, di mana kedua-dua pasukan juga mendapat pemotongan 6 mata sebelum dikurangkan kepada 3 mata kerana tidak melengkapkan proses pendaftaran liga, tersingkir ke Piala FAM 2018, dan ini merupakan kali kedua penyingkiran Perlis ke Piala/Liga FAM.
    Kedua-dua pasukan ini digantikan dengan SIme Darby dan UKM FC selaku juara dan naib juara Piala FAM 2017. Namun selepas kemenangan akhir Liga FAM, Sime Darby akhirnya menarik diri dari Liga Perdana 2018, dan menamatkan penglibatan mereka sebagai kelab profesional. Pasukan ini akan bertanding di liga Kuala Lumpur bermula pada 2018 sebagai kelab amatur. Alasan kepada penarikan diri ini disebabkan tamatnya sokongan kewangan dari syarikat induk dan perubahan tumpuan untuk membangunkan bola sepak belia. Oleh itu, FELCRA FC sebagai pasukan separuh akhir Piala FAM telah menggantikan Sime Darby bagi bersaing di Liga Premier 2018. Secara tidak langsung, musim 2018 merupakan musim sulung bagi UKM FC dan FELCRA FC di kancah Liga Premier, dan UKM FC merupakan pasukan universiti ketiga yang bersaing di Liga Premier.

    Itulah cerita tentang sejarah Liga Super dan juga Liga Premier. Semoga penulisan ini dapat sedikit-sebanyak dapat memberikan info kepada anda.

    Nota: Artikel ini ditulis oleh Ariff Ansaruddin. Jika anda ada artikel yang mahu dikongsikan dengan kami, jangan segan-segan untuk menghubungi kami di media sosial Inikan Bola.

    (Visited 24 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Musim 2018: Angin Baru PDRM FA ? Alex Menyertai Selangor 5 Pemain Tengah Asean Yang Wajar Diberi Perhatian … Liga Super Tanpa Felda Akan Sedikit Ganjil ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.