Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

FourFourTwo

Mon, 20, Nov, 2017, 11:00 AM | Oleh Lucho Kembali Perkuat JDT

  • Duta kelab Johor Darul Ta’zim, Luciano Figueroa membuat keputusan untuk kembali daripada persaraan dan mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Berita baik itu diumumkan oleh Pengarah Sukan kelab itu, Martin Prest menerusi laman media sosial Facebook rasmi Johor Southern Tigers semalam. Prest menyatakan bahawa Figurtoa boleh menjadi contoh kepada pemain lain kerana mempunyai disiplin yang baik dan juga pengalaman yang luas apabila pernah beraksi di kancah bola sepak Eropah. Selain itu, untuk mengembalikan kecergasan beliau, Figueroa telah berlatih di kampung halamannya iaitu Argentina. Prest menambah bahawa pihak kelab gemar dengan be­berapa perkara yang dilakukan di Juventus, Bayern Munich dan Paris St. Germain yang menggandingkan pe­­main senior berpe­ngalaman dan pemain muda berbakat dalam pasukan utama mereka.

    Nama Figueroa atau lebih dikenali sebagai Lucho di kalangan peminat JDT sudah dianggap sebagai legenda oleh para peminat pasukan dari selatan tanah air itu. Beliau mewakili Panathainakos sebelum menyertai Johor Darul Ta’zim pada 2014. Ketika mewakili JDT dalam dua musim iaitu pada 2014 dan 2015, Lucho berjaya memberikan kejuaraan Liga Super dan yang paling manis ialah kejuaraan Piala AFC pada 2015 dengan menewaskan FC Istiklol. Lucho juga telah berjaya menjaringkan 23 gol dalam dua musim ini mewakili Johor Darul Ta’zim.

    Besar kemungkinan beliau akan menggantikan Mohammed Ghaddar yang khabarnya akan menyertai pasukan Melaka United. Selain Figueroa, Prest berkata pihak kelab akan menandatangani beberapa pemain dan akan memaklumkan kepada para peminat dalam masa terdekat.

    (Visited 40 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Cari Haluan Baru Atau Kekal Berjuang ? Kemelut Gomez-JDT Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini… Lucho Dan Diaz: Mimpi Ngeri Pertahanan Liga Malays… ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Berita Berkaitan

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.