Inikan Bola

Slogan InikanBola Slogan InikanBola JANGAN LEPASKAN

Sun, 28, Jan, 2018, 5:00 PM | Oleh Mampukah JDT Mempertahankan Kejuaraan Liga Super ?

  • Kurang daripada semingu saja lagi tirai Liga Super 2018 akan dibuka pada 3 Februari ini dengan juara musim lalu, Johor Darul Ta’zim akan menentang pemenang Piala FA 2017, pasukan Kedah dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus, Larkin. Tahun lalu, kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan yang diheret sehingga ke sepakan penalti di mana Kedah muncul sebagai pemenang. Kali ini, sudah pasti JDT mahu membalas dendam ke atas kekalahan mereka pada edisi tahun lalu.

    Musim 2017 sekali lagi menjadi musim yang gemilang buat pasukan JDT. Harimau Selatan berjaya memenangi Liga Super buat kali keempat berturut-turut dan juga mendakap Piala Malaysia pertama di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Di saingan Piala AFC pula, JDT berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir zon Asia Tenggara. Akan tetapi, mereka tewas kepada kelab Filipina, Ceres Negros.

    Johor Darul Ta’zim membuat persiapan rasmi bagi mempertahankan mahkota Liga Super mereka daripada dirampas oleh pasukan lain musim ini. Lihat saja pemain yang mereka datangkan, Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa! Anda pun tahu betapa bahayanya kedua-dua pemain ini. Selain Lucho dan Diaz, JDT juga kedatangan Harris Harun, Syafiq Ahmad, Adam Nor Azlin, La’Vere Corbin Ong dan Syamer Kutty Abba. Kelmarin, JDT telah mengumumkan bahawa mereka menghantar dua pemain iaitu Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan untuk menyertai kelab Portugal, Vilaverdense FC bagi beraksi selama setahun di sana. Kami berpendapat ini adalah satu langkah yang baik diambil oleh JDT.


    Sumber Gambar: Johor Southern Tigers

    Kami di Inikan Bola meramalkan Johor Darul Ta’zim akan muncul sebagai juara Liga Super musim ini sekaligus mencatat sejarah baru dalam arena bola sepak Malaysia. Lihat saja barisan pemain yang mereka ada. Antara pemain yang terbaik di Malaysia ketika ini. “Squad depth” pasukan JDT pun dilihat antara yang terbaik dalam Liga. Kredibiliti Ulisses Morais sebagai ketua jurulatih juga akan memainkan peranan besar musim ini.

    Apa pandangan anda mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim untuk saingan Liga Super musim ini ? Mampukah mereka mempertahankan kejuaraan mereka ? Atau akan ada pasukan lain yang berjaya merampas takhta mereka ? Mari kongsikan pandangan anda bersama kami.

    Baca Juga: Siapakah Vilaverdense FC ini

    Baca mengenai kembalinya Doiaz dan Lucho dengan lebih lanjut di sini

    (Visited 108 times, 1 visits today)

    Aksi Berkaitan

    Jangan Kamu Sia-Siakan Bakat Yang Ada! Janji Presiden FAS: Punyai Stadium Sendiri Dalam 5… Mampukah Harimau Selatan Membenam Muanthong ? Terengganu FC I Vs PKNS FC: Siapa Bakal Tewas ? ← Artikel Sebelum Artikel Selepas →

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Comment

    Name *

    Website

    AKSI POPULAR

    Aksi Terkini

    Facebook

    Perkhidmatan Pelanggan
    [email protected]

    Ikuti Kami fb-icon twitter-icon insta-icon Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Customer Service
    [email protected]

    Follow Us fb-icon twitter-icon insta-icon

    Jadi Penyumbang Artikel
    Tentang Kami
    Terma & Syarat
    Privasi Polisi

    Hubungi Kami

    Copyright © 2017 Inikan Bola

    Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]> */]]>

    Leave a comment

    Your email address will not be published.