- 5 Pemain Import: Menjejaskan Peluang Pemain Muda ?
- Safawi Rasid: Inikah Yang Kita Nantikan Selama Ini ?
- Akhyar Rashid: Pemain Ini Istimewa!
- Khalid Jamlus: Gagal Ke Luar Tetapi Menjadi Raja Di Malaysia
- 5 Pemain Naturalisasi Yang Harus Diberi Peluang!
- Cepat Sesuaikan Diri!
- Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di Luar Negara (Part 2)
- 4 Formasi Yang Bakal Digunakan P.Maniam?
- 5 Destinasi Pilihan Bagi Mohammed Ghaddar.
- 5 Pemain Calon Kapten Skuad Kebangsaan
Sumber Gambar: Media Sosial OKS
Wed, 17, Jan, 2018, 4:45 PM | Oleh Mr.Football Mampukah Malaysia Ikuti Jejak Iceland Dan Costa Rica ?
Bagaimana keadaan anda hari ini ? Masih lagi terkejut dengan peristiwa bersejarah Malaysia menewaskan Arab Saudi ? Masih lagi tak boleh berhenti tersenyum di tempat kerja mahupun di dalam kelas ? Jangan risau anda tidak berseorangan. Kami juga masih lagi bagaikan tidak percaya. Pasukan yang pada awalnya tidak diletakkan sebarang harapan kini muncul antara 8 pasukan terbaik dalam bola sepak Asia. Di sini kami juga mempunyai persoalan. Mampukah Malaysia ikuti jejak Iceland dan Costa Rica yang berjaya mara jauh dalam kejohanan besar sebagai pasukan “underdog” ?
Pada temasya Piala Dunia edisi 2014 lalu, pasukan kebangsaan Costa Rica mengejutkan dunia apabila berjaya mara ke pusingan seterusnya meskipun diletakkan dalam kumpulan matu bersama Itali, England dan Uruguay. Lebih mengejutkan lagi, mereka jadi juara kumpulan guys! Pada peringkat 16 terakhir, Costa Rica menewaskan Greece. Akhirnya perjuangan mereka berakhir apabila tewas kepada Belanda di peringkat suku akhir.
Bagi Iceland pula, pasukan yang dikenali dek kerana “Viking Clap” ini mengejutkan dunia bola sepak pada temasya UEFA EURO 2016 lalu. Iceland berjaya mara sampai ke peringkat suku akhir. Pada peringkat kumpulan, Iceland menduduki tempat kedua di belakang pasukan Hungary. Pada perlawanan 16 terakhir, Iceland mengejutkan salah satu pasukan pilihan untuk juara iaitu England. Akan tetapi, langkah mereka terhenti di peringkat suku akhir apabila mereka tewas di tangan Perancis.
Anda mahu tahu bagaimana Iceland memajukan bola sepak mereka, sila ke sini
Perjalanan skuad bawah 22 tahun negara boleh dikatakan agak mirip dengan Iceland dan Costa Rica. Cuma kita masih lagi perlu mengharungi perlawanan peringkat suku akhir pada Sabtu nanti. Ada tiga pasukan yang berkemungkinan menjadi lawan Malaysia pada sabtu. Tiga pasukan tersebut ialah Korea Selatan yang ketika ini sedang memimpin kumpulan D, Vietnam yang mengejutkan pasukan Australia pada Isnin dan pasukan Australia sendiri yang menduduki tangga ke-3 dalam kumpulan D ketika ini. Ketiga-tiga pasukan tersebut akan menjadi lawan yang sukar buat pasukan negara.
Mampukah Malaysia mengikuti jejak Iceand dan Costa Rica ? Ya kita mampu. Dengan syarat kita harus mengekalkan rentak cemerlang sepertimana ketika kita menewaskan Arab Saudi semalam. Berikan sokongan anda dan doakan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee dapat bermain dengan cemerlang pada sabtu.
Pada pandangan anda, mampukah kita mencipta sejarah baru pada sabtu ? Kongsikan pandangan anda.
Baca Juga: Malaysia Vs Arab Suadi: Danial Amier Hero Malaysia!
(Visited 380 times, 1 visits today) ← Artikel Sebelum Malaysia Vs Arab Saudi: Danial Amier Hero Malaysia! Artikel Selepas → Sejarah Baru Akan Tercipta ?
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
AKSI POPULAR
main-index
(2,015 Visited)Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
Pemain ini menjadi senjata utama… (1,983 Visited)Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di…
Pada artikel sebelumnya, kami telah… (916 Visited)Gandingan “Emas” Negara, Apa Dah Jadi?
Bola sepak Malaysia pernah menghasilkan… (845 Visited)
Berita Berkaitan
-
Previu PL Matchweek 24: Southampton vs Tottenham
-
Malaysia Vs Korea Selatan: Tersingkir Tetapi Membanggakan!
-
Previu PL Matchweek 24: Swansea vs Liverpool
-
Ambil Inspirasi Perlawanan Persahabatan 2010!
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]> */]]> */]]>