- Di Mana Mereka Sekarang ? 5 Pemain Yang Pernah Bermain Di Luar Negara (Part 2)
- 4 Formasi Yang Bakal Digunakan P.Maniam?
- 5 Destinasi Pilihan Bagi Mohammed Ghaddar.
- 5 Pemain Calon Kapten Skuad Kebangsaan
- Apa Nasib Khyril Muhymeen ?
- Masih Adakah Sinar Buat Rozaimi ?
- SuperMokh Cup 2017: Hari Ketiga
- SuperMokh Cup 2017: Hari Kedua
- Kedah Mampu Jadi Pencabar Kejuaraan
- SuperMokh Cup 2017: Hari Pertama
Sumber gambar: TRW
Wed, 3, Jan, 2018, 7:00 PM | Oleh Mr.Football Musim 2018: Musim Kebangkitan Bola Sepak Kelantan? KelantanLiga Super
Pasukan Kelantan akan memasuki musim 2018 dengan wajah baharu. Wajah baru yang kami maksudkan ialah mereka mempunyai presiden baharu, barisan pemain import baru dan juga satu hal baru yang menggembirakan semua penyokong Kelantan, bebas daripada hutang. Dengan tiga perkara di atas, adakah musim 2018 merupakan musim dimana kita akan melihat kebangkitan semula bola sepak Kelantan ?
Bagi persediaan musim hadapan, Kelantan setakat ini telah menandatangani tiga pemain import iaitu Do Dong-hyun, Cassio de Jesus dan Misagh Bahadoran. Ketiga-tiga pemain ini boleh dikatakan sudah masak dengan persekitaran bola sepak Asia Tenggara. Cassio pernah bermain untuk Semen Padang di Liga Indonesia. Bahadoran merupakan penyerang pasukan kebangsaan Filipina manakala Dong-hyun pula pernah mewakili pasukan UiTM FC musim lalu. Kami berpendapat Kelantan melakukan langkah yang bijak dengan menandatangani tiga pemain ini.
Selain pemain import, Kelantan juga akan diperkuatkan Nik Akif Syahiran, pemain yang menyerlah ketika membantu Malaysia layak ke temasya Piala Asia bawah 19 tahun di Indonesia tahun hadapan. Nik Akif menjadi rebutan beberapa pasukan besar dalam Liga Malaysia. Namun Nik Akif memilih untuk mewakili negeri kelahiran beliau.
Salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada kebangkitan bola sepak Kelantan musim hadapan ialah kewangan pasukan yang kukuh. Para pemain tidak perlu memikirkan soal gaji yang tertunggak seperti musim lalu. Kami juga yakin bahawa Bibi Ramjani mampu untuk mengotakan segala janji yang dibuat.
Mampukah Kelantan menemui semula era kegemilangan mereka seperti mana ketika memenangi Treble pada musim 2012 ? Atau mereka bakal sekali lagi tersungkur ? Kongsi pendapat anda bersama kami.
(Visited 147 times, 60 visits today) ← Artikel Sebelum Lucho Dan Diaz: Mimpi Ngeri Pertahanan Liga Malaysia? Artikel Selepas → Mampukah Negeri Sembilan Mencabar?
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
BERITA BERKAITAN
-
Pahang Mampu Cabar Kejuaraan ?
-
Ubahlah Mentaliti Tu!
-
Melaka United: Skrip Sama Ataupun Sudah Berubah?
-
Musim Pertama PKNP Di Liga Super: Pelengkap Atau Pencabar?
Perkhidmatan Pelanggan
[email protected]
Ikuti Kami
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Customer Service
[email protected]
Jadi Penyumbang Artikel
Tentang Kami
Terma & Syarat
Privasi Polisi
Hubungi Kami
Copyright © 2017 Inikan Bola
Scroll Up ]]> ]]> ]]> ]]> ]]> */]]>